top of page

RTA: Kemahiran diplomasi PMX bawa kejayaan rundingan dagang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

ree

Malaysia mencipta satu lagi kejayaan besar di pentas antarabangsa apabila berjaya memeterai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (Reciprocal Trade Agreement – RTA) bersama Amerika Syarikat (AS) yang bakal membuka lembaran baharu dalam hubungan dagang dua hala.


Melalui perjanjian itu, AS bersetuju menurunkan tarif import daripada 25 peratus kepada 19 peratus bagi produk Malaysia, serta memberikan pengecualian penuh terhadap 1,711 talian tarif bernilai AS$5.2 bilion, melibatkan eksport utama negara seperti minyak sawit, produk getah dan alat ganti pesawat.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Faezuddin Puad (gambar) berkata, pencapaian bersejarah itu membuktikan kemahiran diplomasi dan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), dalam mengurus hubungan antarabangsa yang kompleks.


"Dalam dunia yang sarat dengan persaingan geopolitik dan tekanan perdagangan, beliau berjaya membawa Malaysia ke meja rundingan dengan keyakinan dan wibawa.


"Hasil rundingan ini bakal memberi manfaat besar kepada sektor perkilangan, pertanian dan perusahaan kecil tempatan. Ia akan menguatkan keyakinan pelabur, menstabilkan eksport, dan membuka ruang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia terutamanya golongan muda," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Faezuddin, hasil rundingan bersejarah itu akan memberi manfaat besar kepada sektor perkilangan, pertanian serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).


Langkah itu, katanya, bukan sahaja meningkatkan daya saing eksport Malaysia, malah mengukuhkan keyakinan pelabur asing serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk anak muda tempatan.


"Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa dengan kebijakan diplomasi, keberanian dan strategi yang rapi sebuah negara kecil seperti Malaysia pun boleh dihormati oleh kuasa besar," ujarnya.


Beliau menegaskan bahawa kejayaan ini bukan sekadar pencapaian ekonomi, tetapi simbol kepada keteguhan prinsip dan kebijaksanaan diplomatik Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan negara serta rakyat di tengah persaingan global yang kian mencabar.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page