top of page

Royalti RM400 juta: Hidup rakyat Kelantan tidak berubah, pemimpin Pas mewah



Rakyat Kelantan tidak mendapat kelebihan biar pun Kerajaan Negeri menerima wang royalti petroleum RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hassan, sikap pemimpin Pas yang tidak mahu mengisytiharkan penerimaan, jumlah dan kegunaan wang royalti tersebut menaikkan kemarahan rakyat.


Katanya, tidak mustahil ada angin perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 menanggapi sikap pemimpin Pas yang gagal menjana kemajuan dan memperbaiki kualiti hidup rakyat Kelantan.


"Saya tengok rakyat di akar umbi memang mahukan perubahan. Mereka kata dah cukuplah Pas memerintah (selama lebih 20 tahun).


"Satu lagi mereka nampak rakyat tak berubah, tetapi wakil rakyat Pas yang semakin berubah. Dulu pakai kereta buruk sekarang pakai kereta mewah. Dulu rumah buruk sekarang rumah besar. Rakyat Kelantan nampak pemimpin berubah tetapi rakyat masih cara lama, konsep lama.


"Saya tengok suara rakyat memang mahu lakukan perubahan untuk negeri Kelantan ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, tambah Zinda, Pakatan Harapan perlulah merangka strategi yang betul mendekati masyarakat dan membina pakatan yang ampuh menjelang PRU 15


Sekiranya hal itu berlaku, tegasnya, tidak mustahil kerajaan Pas akan tumbang.


Selain isu tiada kemajuan, kata Zinda lagi, rakyat juga tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri meneruskan aktiviti pembalakan walaupun telah menerima royalti minyak.


"Macam di Kuala Krai ada isu balak. Ada satu tempat dekat Cucu Puteri, sempadan Gua Musang rakyat marah kerana balak habis ditebang tetapi pemimpin komen, masalah banjir bukan kerana pembalakan.


"Juga video viral lori balak keluar (bawa kayu dari) Gua Musang, Kuala Krai. Habis hutan di situ.


"(Sekarang rakyat lihat pemimpin Pas) duit (royalti) dapat, balak pun dapat. Rakyat yang melopong," katanya lagi.


Masalah pembalakan di Kuala Krai dan Gua Musang juga dikaitkan dengan kematian Orang Asli dibaham harimau minggu lalu. Menurut warga maya tindakan menggondolkan hutan menyebabkan haiwan liar masuk ke penempatan manusia mencari makanan


Biarpun Kerajaan Negeri menafikan namun kumpulan alam sekitar mendedahkan gambar yang diambil dari dron membuktikan aktiviti pembalakan merosakkan habitat haiwan liar di sekitar Kuala Krai dan Gua Musang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page