top of page

Rombakan Kabinet: PM Anwar terbuka kepada cadangan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 7
  • 1 min read
DS Anwar menjawab bersahaja ketika ditanya mengenai rombakan kabinet
DS Anwar menjawab bersahaja ketika ditanya mengenai rombakan kabinet

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum membuat keputusan berkaitan rombakan Kabinet ketika beberapa menteri dijangka menamatkan tempoh perkhidmatan Senator menjelang Disember ini selain terdapat kekosongan selepas dua anggota pentadbirannya meletak jawatan.


Dengan hanya berbaki tidak sampai dua bulan, Perdana Menteri sempat berseloroh dengan meminta pihak media mengemukakan cadangan berkaitan pelantikan menteri baharu.


"Tolong bagi cadangan kalau ada," kata beliau dipetik mengulas mengenai spekulasi berlaku rombakan Kabinet.


Perdana Menteri turut ditanya oleh media adakah beliau mempunyai senarai pemimpin yang akan dirombak.


Bagaimanapun, Anwar menjawab dengan nada bersahaja meminta pihak media mengemukakan cadangan senarai bakal menteri Kabinet yang baharu untuk dipertimbangkan.


"Dekat saya tak pa," katanya.


Perdana Menteri kemudian meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar pada Festival Idea Putrajaya (FOI) di Putrajaya hari ini.


Terdahulu Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan beliau tidak dapat meramal sama ada akan terus memegang jawatan itu.


Berucap pada festival tersebut Zambry berkata, beliau mempunyai tempoh sekitar dua hingga tiga minggu lagi untuk memegang tanggungjawab sebagai menteri.


Untuk rekod, perkhidmatan beliau sebagai Senator bakal berakhir pada 2 Disember depan.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut akan menamatkan tempoh perkhidmatan Senator pada Disember ini.


Sejak minggu lalu, ramai pemerhati politik menjangka Khairy Jamaluddin mempunyai potensi untuk dibawa masuk ke Kabinet melalui jawatan Senator.


Selepas Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan susulan kekalahan mereka dalam pemilihan KEADILAN, jawatan Menteri Ekonomi kini dipangku oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan manakala portfolio Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dipangku oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page