top of page

Rombakan kabinet mampu tingkatkan prestasi kerajaan - Roland Engan



Oleh: Abdullah Zaid


Kehadiran barisan kepimpinan baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan bakal merancakkan lagi usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.


Justeru, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Roland Engan berharap agar masyarakat memberi peluang dan ruang kepada Jemaah Menteri baharu memberikan untuk perkhidmatan yang terbaik kepada negara dan rakyat.


"KEADILAN Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Menteri yang dilantik, dikekalkan dan dipindahkan ke portfolio lain.


"Perdana Menteri telah mengambil kira banyak faktor khususnya cabaran semasa dalam bidang digital, maklumat, alam sekitar, perubahan iklim, hak Sabah dan Sarawak, pendidikan, kesihatan dan keterjaminan makanan yang semakin mencabar.


"Selain itu, PM berjaya menstabilkan politik negara kini boleh menarik nafas lega untuk memberi tumpuan pada perkara-perkara utama yang memberi impak secara langsung pada rakyat dan daya saing negara di peringkat antarabangsa," katanya menerusi satu kenyataan.


Justeru pimpinan ‘Bumi Kenyalang’ itu berharap agar Sarawak terus diberi perhatian dan diperkasakan agar kemajuan negeri itu terus setanding dengan kemajuan yang dikecapi Semenanjung selain terus mengamalkan tatakelola yang baik.


"Kami berharap Belanjawan 2024 akan diterjemahkan dalam bentuk projek pembangunan yang fokus pada pemerkasaan ekonomi rakyat seluruh Sarawak khususnya golongan terpinggir baik di bandar atau pedalaman Sarawak," ujarnya.


Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyusunan semula kementerian dan lantikan menteri baharu.


Pengumunan tersebut turut menampilkan lima menteri serta timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan kemunculan semula lima bekas menteri dalam kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.


Selain itu, antara kementerian yang dirombak ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, manakala Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.


Setakat ini, jumlah ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang, manakala timbalan menteri pula meningkat daripada 27 kepada 29 orang, dengan jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini mencecah 60 orang.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page