top of page

Rombakan kabinet: Jemaah menteri tidak wajar rasa terlalu selesa



Rombakan Kabinet perlu sekiranya prestasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut, dan ini dijangka dilakukan sebelum akhir tahun.


Selepas setahun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sedikit penyesuaian Kabinet boleh dilakukan, termasuk menambahnya.

Tidak adil untuk Jemaah Menteri di nilai hanya dalam waktu setahun kerana tempoh itu dilihat terlalu awal, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bercakap dalam program Wawancara Khas Setahun bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri malam tadi beliau bagaimanapun menjelaskan, penyesuaian Kabinet boleh dilakukan sekiranya prestasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut

"Rombakan itu perlu, sekiranya prestasi menteri meleset ataupun keadaan lain yang menuntut. Umpamanya kita ini terbentuk dengan koalisi (gabungan). Jadi, rundingan perlu diadakan. Penyertaan harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing.

"Tetapi saya tidak fikir setelah setahun kita membuat penilaian yang adil. Orang perintah 10 tahun, tiga tahun, namun setahun terlalu awal.


"Jadi, menteri perlu diberi peluang meningkatkan prestasi termasuk perdana menteri dan kalau ada sedikit penyesuaian berdasarkan pengalaman setahun, kita akan lakukan," katanya dipetik.


Mengulas lanjut, beliau berkata, Jemaah Menteri perlu berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan ekonomi semata-mata.


Tumpuan juga jelasnya perlu diberi kepada aspek tata kelola dan pentadbiran bersih, selain jaminan bagi mengelak daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.


"Ini kalau dapat dibersihkan, kita akan dapat melaksanakan beberapa kerangka dasar seperti Ekonomi Madani, peralihan tenaga atau transformasi digital dalam negara ini yang perlu melonjak cepat dan pantas dalam menggunakan digital," jelas Ahli Parlimen Tambun itu.


Dalam pada itu, beliau turut menasihati Jemaah Menteri agar tidak berasa selesa dengan prestasi dicapai Kerajaan Perpaduan selepas setahun menerajui pentadbiran negara.


"Jangan kita termakan dengan penyakit keselesaan. Kalau tanya saya, kita buat sedaya upaya tetapi jangan (rasa) ini sudah terlalu baik," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Коментарі


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page