top of page

Rombakan boleh tingkatkan keupayaan pentadbiran - Dr Azmi Hassan



Rombakan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri beberapa hari lalu menunjukkan kesungguhan Kerajaan untuk memastikan aspirasi MADANI dapat dicapai.


Sehubungan itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan percaya lantikan beberapa menteri baharu dalam rombakan itu mampu memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang selepas ini.


"Sepatutnya, perubahan itu akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan dengan lantikan menteri baharu, ia boleh memberi keyakinan kepada rakyat," katanya dalam wawancara ‘Hala Tuju Kabinet Baharu’ yang dikendali SumberTv, malam tadi.


Dalam pada itu, katanya, gandingan muka baharu daripada tokoh teknokrat selain kehadiran muka lama yang berpengalaman diyakini mampu memberi sumbangan yang besar dalam kementerian masing-masing.


"Jika kita lihat Menteri Perladangan dan Komuniti (Datuk Seri Johari Abdul Ghani ) ketika dilantik terus menzahirkan matlamat beliau dari segi rancangan untuk merancakkan sektor sawit negara supaya tidak dianak tiri.


"Selain itu, kehadiran Menteri Kewangan II (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) juga akan membantu mengefisienkan dasar kewangan negara dengan membantu Perdana Menteri membawa isu-isu kewangan ke hadapan," ujarnya.


Dalam pada itu Azmi turut menyambut baik penstrukturan semula kementerian, terutama pemisahan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital yang disifatkannya mempunyai tanggungjawab besar untuk dikemudi berbading hanya satu kementerian.


Katanya, hasrat Perdana Menteri menetapkan sasaran 25 peratus Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) yang dijana menerusi ekonomi digital memerlukan kementerian yang khusus untuk merealisasikan tekad tersebut.


"Begitu juga Kementerian Wilayah, Kuala Lumpur antara penyumbang pendapat negara paling besar selepas Selangor.


"Oleh itu, ia perlu ada menteri untuk membuat sesuatu keputusan berat untuk dilaksanakan," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page