top of page

Rodziah cadang KPDN perkenal Bungkusan Rahmah




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dicadangkan agar memperluas konsep Rahmah yang sedang diperkenalkan bukan sahaja untuk makanan, malah kepada keperluan asas dengan jenama 'Bungkusan Rahmah'.


Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail ketika mencadangkan perkara itu di Dewan Rakyat berkata, inisiatif itu bukan sahaja membantu pembeli membeli pada kadar yang hanya diperlukan, malah menjadikan penawaran dan permintaan serta harga di pasaran dapat lebih mudah diselaraskan.


Beliau mengambil contoh barangan asas beras yang kebiasaannya dijual pada berat 5 kilogram agar dibungkus dan dijual dengan kadar lebih kecil antaranya satu atau dua kilo.


"Saya mencadangkan agar pihak KPDN juga melihat tentang kemungkinan kita boleh menyediakan barangan-barangan asas yang penting kepada rakyat terutama untuk golongan B40 dijual secara Bungkusan Rahmah.


"Sekarang beras dijual dalam bungkusan 5 kilogram atau 10 kilogram, jika ada yang satu kilo ia jenis beras mahal.


"Langkah ini membantu golongan miskin dari dipaksa membeli bungkusan 5 kilogram, kemungkinan di hujung bulan ada berbaki 4-5 hari (sebelum gaji) dan (mereka) perlukan sekilo untuk tampung makanan anak-anak, jadi kita boleh jual sekilogram atau dua kilogram.


"Jadi saya mencadangkan supaya bungkusan-bungkusan barangan asas ini dikecilkan supaya pihak yang mampu membeli dalam kadar berpatutan," jelasnya ketika mencelah ucapan Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub.


Sementara itu Salahuddin ketika mengulas cadangan itu berkata, beliau akan membawanya ke perbincangan untuk melihat bagaimana cadangan itu dapat dilaksanakan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page