Rodziah beri sumbangan raya, kenang jasa reformis Ampang
- Suara Keadilan

- Apr 5, 2024
- 1 min read

Sempena Hari Raya Aidilfitri dan ulang tahun ke 25 penubuhan Parti Keadilan Rakyat, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail menganjurkan majlis mengenang jasa para reformis di kawasan parlimennya kelmarin.
Menurut Rodziah, para reformis telah banyak berkorban dan berjasa sejak 25 tahun lalu untuk melakukan perobahan politik sehingga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia pada November 2022.
"Sepetang bersama reformis Ampang.
"Alhamdulillah dapat berjumpa kawan-kawan reformis di Ampang. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Ulang Tahun KEADILAN yang ke 25. Jasa reformis akan dikenang selalu," katanya.
Beliau memberi sedikit sumbangan hari raya kepada reformis dan berharap kerajaan akan mengenang jasa mereka sebagai pejuang pembebasan rakyat daripada belenggu korupsi, kronisme dan nepotisme yang melanda negara selama puluhan tahun.
"Mereka inilah tulang belakang KEADILAN dalam menggerakkan denyut nadi rakyat di bawah. Alhamdulillah, kini telah menjadi Kerajaan dan semoga jasa mereka tidak dilupakan," katanya lagi.









Comments