top of page

Roboh gerai peniaga kecil di Kedah lambang tidak prihatin kerajaan BN - PN



Keputusan untuk meroboh gerai dan warung peniaga oleh Kerajaan Negeri Kedah, khususnya dalam kawalan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sebagaimana yang tular kebelakangan ini melambangkan ketidakprihatinan BN - PN terhadap ekonomi rakyat.


Menurut ADUN Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf, rakyat khususnya peniaga kecil yang baru hendak pulih daripada tekanan ekonomi selepas pendemik Covid 19 seharusnya disokong, bukan dimusnahkan sumber pencarian mereka.

Kerajaan Pas sepatutnya prihatin nasib peniaga kecil

"Tindakan merobohkan warung niaga ketika ekonomi baru nak bergerak selepas Perintah Kawalan Pergerakan tidak rasional.


"Pemulihan ekonomi yang lembab ini harus diberikan sokongan untuk membangun. Bukannya merobohkan peluang untuk membina semula ekonomi," katanya.


Justeru, Zamri yang juga mantan Exco Kedah ketika pentadbiran Pakatan Harapan berpesan kepada Ahli Majlis MBAS dari Umno, Pas dan Bersatu agar tidak terlalu angkuh dengan kedudukan mereka.


Beliau mahu mereka menarik balik keputusan merobohkan gerai rakyat demi memastikan sumber pencarian kehidupan golongan marhaen tidak terjejas.


"Sewajarnya, segara Ahli Majlis panggil mesyuarat dan perbetulkan kesilapan keputusan sebelum ini.


"Beri peluang niaga dan bimbing untuk capai objektif kebersihan dan kesihatan (jika isu perlu diroboh berkaitan kebersihan), khususnya melibatkan elemen pelancongan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page