top of page

RMK13: Tingkat pendapatan rakyat, Malaysia negara teknologi tinggi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil tampil memberikan pencerahan terperinci mengenai Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang diibaratkannya seperti sebuah 'rumah' dilengkapi dengan asas kukuh dan perancangan tersusun oleh pentadiran Kerajaan MADANI.


Beliau berkata, RMK13 adalah rancangan lima tahun yang memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal seperti projek tebatan banjir, pembinaan sekolah dan jambatan.


Manakala hasil akhirnya, kata beliau, adalah menjadikan rakyat berpendapatan tinggi.


"Pada akhir tempoh lima tahun itu, apa sebenarnya matlamat kita? Harapan kita ialah dalam tempoh tersebut, pendapatan negara dan rakyat meningkat.


''Jadi konsep yang mudah untuk diceritakan tentang RMK ini ialah.. ianya seperti rumah.


''Rumah ini dalam dia dah sesak, tapi kita nak selesakan.. kita kena naikkan siling.. naikkan siling itu maknanya naikkan pendapatan negara.


''Macam mana nak naik? kalau dulu kita adalah negara yang jual sawit, getah dan bahan-bahan asas. (Untuk tempoh) ke depan yang lagi bernilai (adalah) produk-produk yang kita cipta dan buat sendiri di Malaysia.


''Bukan hanya 'Made in Malaysia', tapi 'Made by Malaysia','' katanya dalam satu rancangan terbitan Hello Malaysia yang bertajuk 'Menyantuni Agenda Rakyat Siri Ke-3'.


Dalam podcast itu, beliau turut memberi contoh industri semikonduktor di negara ini yang menyaksikan Malaysia kini mencatat jumlah eksport yang besar ke serata dunia, termasuk Amerika Syarikat (AS).


Namun ujar Menteri Komunikasi itu, nilai lebih tinggi akan terhasil sekiranya Malaysia mampu mereka bentuk sendiri semikonduktor dan litar bersepadu (IC design).


Fahmi turut menggunakan analogi permainan mudah alih untuk menjelaskan potensi ekonomi kreatif negara.


"Kita boleh main Mobile Legends dan seronok bermain, tapi kenapa tidak kita cipta permainan seperti Mobile Legends sendiri? Itu misalannya.


''Jadi untuk meningkatkan pendapatan negara, Malaysia perlu mencari dan membangunkan industri baharu.


"Kalau siling ekonomi naik tapi rakyat masih berada di takuk lama, itu tidak bagus.


''Sebab itu kita mahu naikkan lantai dan lantai ini mewakili pendapatan rakyat. Kita mahu naikkan pendapatan rakyat, pada masa sama, naikkan juga pendapatan negara," katanya lagi.


Menjelaskan lebih lanjut, Fahmi berkata antara siling dan lantai, yang menghubungkannya adalah 'tiang seri'.


Maka ujarnya, 'tiang seri' rumah yang bernama Malaysia ini mesti kukuh dan teguh.


''Apakah tiang serinya? Institusi demokrasi seperti Parlimen mesti bebas dan berfungsi dengan baik. Begitu juga institusi kehakiman. Justeru, segala usaha reformasi, penambahbaikan, pembaharuan dan transformasi terhadap institusi-institusi ini mesti diteruskan supaya aspek tatakelola itu baik.


''Agar pendapatan negara yang dijana dapat disalurkan kepada rakyat antaranya dalam bentuk gaji yang meningkat pada masa sama tidak berlaku ketirisan, rompakan atau penyelewangan yang merosakkan rumah kita,'' kata Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page