RMK13 konsep pembangunan adil untuk semua negeri
- Suara Keadilan
- 3 days ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bukan sekadar pelan pembangunan lima tahun tetapi satu komitmen jelas Kerajaan Madani untuk menjamin pembangunan yang adil kepada semua negeri, termasuk yang ditadbir pembangkang.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya tidak mahu berlaku keadaan seperti yang pernah terjadi sebelum ini, iaitu wujud jurang pembangunan yang terlalu besar antara negeri-negeri dan wilayah.
"Jadi hasrat kita dalam tempoh lima tahun ini beberapa perkara dapat kita betulkan dan cari melalui dasar seperti pelan induk perindustrian baharu.
''Kita tahu di negeri-negeri tertentu, mungkin (sudah wujud) industri tertentu (di sana).. bukan tak pernah dibuat (sebelum ini), tapi sekarang ini kita perlu fokus kepada beberapa bentuk industri yang memang didambakan oleh masyarakat antarabangsa," katanya dalam program temubual oleh Hello Malaysia.
Dalam RMK13, menurut fahmi, hasil negeri akan disesuaikan dengan pembangunan.
Misalnya di negeri Pantai Timur seperti terengganu yang mempunyai mineral nadir bumi (REE) akan dilaksanakan industri berasaskan galian berkenaan.
''Contoh bahan nadir bumi, ia sangat diminati, tapi kalau kita jual sahaja yang asli itu, nilainya tak banyak.
''Tapi kalau kita proses sendiri, dan kita jual hasil proses itu.. nilainya lagi tinggi.
'''Rare earth ini kita tahu ada di beberapa tempat. Jadi kalau kita pastikan pelaburan itu diuruskan dengan baik, tidak berlaku rasuah serta mencapai matlamat (yang ditetapkan), pendapatannya lumayan,'' ujar beliau yang juga Menteri Komunikasi.
RMK13 juga kata Fahmi akan menumpukan negeri rakyat berpendapatan rendah, termasuk Sabah dan Sarawak yang pembangunannya agak ketinggalan berbanding Semenanjung sebelum ini.
Bình luận