RMK 13: Tema 'Melakar Semula Pembangunan', peruntukan RM611 bilion
- Suara Keadilan

- Jul 31
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sebanyak RM611 bilion perlu disediakan bagi menjayakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan tema 'Melakar Semula Pembangunan'.
Antara pengumuman yang dibuat Anwar ketika membentangkannya di Dewan Rakyat hari ini adalah pelaksanaan subsidi bersasar seperti diesel, elektrik ditambah baik demi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasar.
Selain itu, beliau memaklumkan sebanyak 1,368 unit kuarters PDRM, 3,088 unit kuarters ATM telah siap dibina.
''Manakala tambahan 8,501 unit kuarters lagi sedang giat dalam pembinaan.
''Penambahbaikan tatakelola juga akan menumpukan kepada tiga aspek termasuk menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan.
''Usaha untuk memperkukuh pentadbiran berteraskan integriti, kebertanggungjawaban sudah mula menunjukkan hasil dan Malaysia kini melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025,'' katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan, tempoh lima tahun mendatang merupakan waktu kritikal bagi melonjakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi sekali gus melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan kehidupan berkualiti.
''Kerajaan juga telah melaksanakan reformasi perundangan melalui penggubalan dan pindaan lebih daripada 80 undang-undang.
''Jabatan Audit Negara, MyCC turut diperkasa dalam usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa,'' kata Anwar lagi.









Comments