top of page

RMK-13 lakar semula pembangunan negara - MB Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam disifatkan sebagai agenda penting yang melakar semula pembangunan negara dan mengangkat martabat rakyat.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik komitmen Kerajaan Persekutuan yang menawarkan 1.2 juta peluang pekerjaan, terutamanya dalam bidang pembuatan berteknologi tinggi dan ekonomi digital — bidang yang dijangka memberi kelebihan besar kepada golongan belia dan graduan di Selangor.


"Komitmen terhadap industri strategik seperti semikonduktor, termasuk kerjasama dengan ARM Holdings, bakal membuka ruang luas kepada syarikat tempatan untuk memiliki hak harta intelek serta beralih kepada pengeluaran bernilai tinggi.


"Ini bukan sahaja meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global, malah turut mengukuhkan ekosistem industri di Selangor," katanya dalam kenyataan.


Amirudin turut menyambut baik beberapa pengumuman utama RMK-13 yang memberi impak langsung kepada negeri Selangor, antaranya projek pembinaan terminal ketiga di Pulau Carey bagi menampung keperluan kontena di Pelabuhan Klang.


"Kerajaan Negeri sedia bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan usaha ini disegerakan demi menjadikan Malaysia sebagai hab transshipment utama di Asia," ujarnya.


Tambah Naib Presiden KEADILAN itu lagi, perancangan penambahan 300 unit van DRT, 1,200 bas dan 217 set tren penumpang akan merancakkan lagi penggunaan pengangkutan awam, terutamanya di Lembah Klang.


Dalam aspek kelestarian, Amirudin menyokong langkah kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara serta sasaran mencapai 35 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2030, yang disifatkannya sebagai strategi progresif ke arah masa depan mampan.


"Teknologi waste-to-energy (WTE) yang diiktiraf dalam RMK-13 turut menjadi dorongan kepada Selangor untuk terus meneroka alternatif pelupusan sisa pepejal yang lebih lestari.


"Projek tebatan banjir di Sungai Langat dan Sungai Buloh juga amat penting bagi perlindungan infrastruktur dan keselamatan rakyat," katanya.


Dalam pada itu, Amirudin turut menyambut baik kesinambungan inisiatif kebajikan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, serta pelan pembinaan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 2026 hingga 2035.


"Ini langkah besar membantu generasi muda, khususnya di bandar dan pinggir bandar, memiliki kediaman sendiri.


"InshaAllah, saya akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RMK-13 minggu hadapan bagi menyampaikan pandangan dan cadangan khusus demi kesejahteraan rakyat Selangor," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page