top of page

RMK-13: Lonjakan strategik ke arah menyempurnakan aspirasi anak muda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 2
  • 2 min read
ree

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mendapat pujian daripada kalangan anak muda, yang menyifatkan pelan itu sebagai satu lonjakan strategik ke arah pembinaan masa depan negara yang seimbang, progresif dan inklusif.


Dalam kenyataannya, Setiausaha kepada Ahli Parlimen Segamat, Venissha Kennedy (gambar), menyifatkan RMK-13 sebagai lebih daripada sekadar kerangka dasar, bahkan satu bentuk perjanjian pelaksanaan jangka masa panjang yang menjawab secara tuntas aspirasi golongan muda.


"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta seluruh warga Kementerian Ekonomi atas perumusan cemerlang Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang dibentangkan di Dewan Rakyat," katanya.


Katanya, perancangan RMK-13 yang merangkumi tahun 2026 hingga 2030, menunjukkan komitmen padu negara terhadap visi Ekonomi MADANI – yakni perpaduan antara ekonomi dinamik, keadilan sosial dan kelestarian ekologi.


"Sebagai penyambung suara generasi muda Malaysia, saya menzahirkan RMK-13 bukan sekadar kerangka dasar, malah sebagai perjanjian pelaksanaan jangka masa panjang Malaysia yang menjawab aspirasi belia," katanya.


Menurut beliau, RMK-13 menekankan empat tunjang utama yang menyentuh secara langsung keperluan anak muda masa kini iaitu Transformasi Ekonomi untuk membuka peluang kerjaya bernilai tinggi dalam sektor teknologi tinggi, tenaga lestari dan ekonomi maritim;


Kesaksamaan Sosial melalui pendidikan moden, keseimbangan bandar-luar bandar serta penglibatan ekonomi wanita yang menyasarkan 60% penyertaan tenaga kerja;


Ketahanan Masa Depan dengan penekanan pada perumahan mampu milik, jaminan makanan dan kesihatan; dan ketinggian Tadbir Urus yang menjanjikan reformasi perkhidmatan awam dan pemberantasan rasuah.


Venissha turut menekankan bahawa keunggulan sebenar pelan RMK-13 adalah kesinambungan strategiknya dengan Kerangka Ekonomi MADANI, yang menyasarkan Malaysia sebagai antara 30 ekonomi teratas dunia.


"Pelaksanaan berfasa melalui belanjawan tahunan menjamin transformasi strategik menjadi realiti – dari koridor teknologi hingga transformasi institusi awam," jelasnya lagi.


Sehubungan itu, beliau menyeru golongan muda untuk tidak hanya menjadi pemerhati tetapi turut aktif menyertai wacana serta pelaksanaan nasional RMK-13.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page