Rancangan Malaysia Ke (RMK) 12 dianggap pembangkang sebagai perancangan yang lemah kerana tidak mempunyai jalan keluar atau exit plan bagi masalah yang ditimbulkan oleh pandemik Covid 19.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, exit plan seharusnya disediakan dalam RMK itu bagi merungkai masalah kemusnahan ekonomi selama 2 tahun sebelum penjanaan semula dapat dilakukan.
"Apakah ada jalan keluar kepada isu pandemik? Masalah penganguran. Juga kos sara hidup, capaian internet. Masih ada segmen masyarakat yang tercicir. Apakah masalah itu semakin baik atau teruk?
"Selepas Covid, sektor pelancongan terpukul teruk. Sekarang 19 bulan pelancong tak masuk. Hotel lumpuh, hilang kerja. Di mana dalam RMK ini? Maknanya masalah pra, semasa dan pasca tak ada. Itu belum lagi masalah penganguran, muflis, menganggur.
"Dalam ini tak ada strategi khusus. Masalahnya butiran RMK tidak diletakkan berasaskan kajian tetapi trend kita mewarisi masalah RMK sebelumnya. Jadi bila kita merangka jalan keluar, tidak bersifat menyelesaikan masalah. Misalnya waktu Covid rakyat susah kita benarkan rakyat keluar wang KWSP. Kalau mereka menyimpan lagi, berapa banyak mereka boleh ganti simpanan?
"Ini satu contoh. Kerajaan tetap perlu hasilkan satu dokumen dasar dan hala tuju (exit plan). Keupayaan untuk melaksanannya. Kita boleh debat. Kerajaan berhak optimis, kita persimis," katanya.
Selain itu, tambah Saifuddin, integriti perlu diwujudkan dalam sistem kehakiman dan penguatkuasaan bagi menjamin rakyat mendapat pembangunan terbaik.
Menurut beliau, tidak ada gunanya peruntukan pembangunan diumumkan RM80 bilion setahun sepanjang RMK 12 berbanding 5 tahun sebelumnya, jika tidak ada ketegasan hukum dan penyelewengan mudah berlaku.
"Mengawal rasuah perlu, supaya projek RM100 juta tidak dibuat dengan RM180 juta.
"Mesti juga ada peranan institusi menguatkuasa seperti polis, SPRM, Peguam Negara dan kehakiman. Dalam RMK 12 prestasi separuh penggal akan dikaji.
"Seharusnya kita membenarkan Parlimen menjadi fungsi semak imbang setiap masa kepada RMK, tak perlu tunggu separuh penggal," katanya lagi
Comments