top of page

RMK-12: Tiada enjin pertumbuhan baharu dorong Malaysia jadi negara maju



Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sesi Dewan Rakyat pagi tadi dilihat tiada idea baharu untuk mendorong ekonomi Malaysia memasuki gerbang baharu berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) dan robotik yang mendominasi aktiviti ekonomi masa hadapan.


Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, ucapan selama lebih 2 jam PM Ismail Sabri itu banyak mengambil jalan selamat dengan mengolah strategi serta idea ekonomi dalam RMK yang lepas berbanding mengemukakan perkara baharu.


"Terdapat kekurangan idea baru dalam RMK ini. Kita tidak melihat enjin pertumbuhan baru mendorong Malaysia menjadi negara maju.


"Kita tidak lihat bagaimana kerajaan akan mengatasi tantangan pengangguran di kalangan belia, kemuflisan di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta keruntuhan sistem penjagaan kesihatan.


"Pengumumannya (idea) sama seperti yang lalu. Tidak cukup untuk menangani cabaran baru selepas pemulihan Covid 19 dan persaingan (ekonomi, politik) China-Amerika Syarikat yang makin sengit," katanya.


Tambah Sim lagi, RMK-12 masih terdapat potensi kekurangan pada peringkat urustadbir baik, ketelusan juga akuntabiliti dalam tonggak utamanya.


Sedangkan, kata beliau, berdasarkan Kajian Jangka Menengah RMK-11 kerajaan Pakatan Harapan telah pun meletakkan Reformasi Urustadbir ke arah ketelusan sebagai garis yang harus dipatuhi selepas berlakunya skandal 1 Malaysia Development Berhad.


Tegas Sim, urustadbir baik penting kerana setiap ringgit yang dicuri bermakna berkurangnya dana untuk golongan miskin.


"Belanjawan pembangunan ini akan membelanjakan RM400 bilion wang pembayar cukai. Projek pembangunan juga terdedah kepada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.


"Oleh itu, penting untuk menanamkan ketelusan yang lebih besar terutama dalam proses tender, mewujudkan tender terbuka dan semak-imbang yang lebih kuat dalam sistem perolehan.


"Adalah menjadi harapan saya bahawa kerajaan akan mereformasi proses perolehan dan tender untuk melindungi wang rakyat dan menghindari skandal besar yang menghantui RMK-11 lalu," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page