top of page

RMK 12 sedia lebih banyak peluang kerja berkualiti buat rakyat Selangor



Rancangan Malaysia Ke (RMK) 12 memberikan perancangan terbaik dalam menambah peluang pekerjaan terutama dalam sektor berpendapatan tinggi buat rakyat Selangor.


Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sektor peralihan tenaga dan industri teknologi digital yang dibentangkan dalam Kajian Separuh Penggal RMK12 hari ini di Dewan Rakyat tidak sedikit menyediakan peluang kepada bakat bakat baharu dalam industri bersangkutan di Selangor.


"Selaku Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Gombak, secara asasnya saya menyambut baik keterjemahan dasar prinsip Ekonomi Madani yang telah dilancarkan.


"Khususnya, pencetus aktiviti ekonomi mampan seperti peralihan tenaga boleh baharu, industri teknologi digital, industri elektrik dan elektronik dengan fokus kepada front-end termasuk pengujian cip serta beberapa aspek dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu seperti menjadikan Malaysia Pusat Kewangan Islam Global yang mampu menawarkan pekerjaan bergaji lebih tinggi kepada warga Selangor dan Malaysia.


"Saya juga menyambut baik kaedah pengklusterian ekonomi mengikut keunikan wilayah masing-masing sepertimana diasaskan di Selangor," kata Amirudin dalam kenyataan.


Beliau yang turut hadir mendengar pengumuman PM di Dewan Rakyat pagi tadi dalam pada itu memuji usaha Kerajaan Persekutuan dalam perancangan peralihan kepada pengangkutan awam terutama melibatkan negeri Selangor bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada masa hadapan.


"Peralihan kepada pengangkutan awam amat diperlukan di Selangor dan pentadbiran negeri bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan Jaringan Pengangkutan Awam Bas Rapid Transit, perancangan meluaskan Lapangan Terbang Subang, pembinaan Pelabuhan Ketiga Pulau Carey.


"Saya juga terbuka dengan cadangan menyegerakan usaha tebatan banjir serta penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara supaya negeri Selangor dan negeri-negeri lain dapat lebih tangkas mengadaptasi cabaran perubahan iklim," katanya lagi.


Ahli Parlimen Gombak itu turut memuji Dasar Gaji Progresif Kerajaan Madani serta pengukuhan sistem pendidikan digital dan tumpuan kepada aspek TVET yang akan menggerakkan transisi kepada generasi muda diberikan kemahiran baharu serta ditawarkan gaji yang lebih bermaruah.


"Aspek-aspek ini akan saya teliti dalam perbahasan saya di Parlimen pada petang esok InshaAllah," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page