top of page

RMK-12: Pertambahan RM15 bilion tidak babitkan pinjaman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 12, 2023
  • 1 min read


Pertambahan RM15 bilion dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah bagi menampung pelaksanaan pembangunan program yang dekat dengan rakyat.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu sidang media bagi mengulas pembentangan laporan kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 oleh Perdana Menteri pada Isnin berkata, semasa RMK12 dibangunkan, had itu diletakkan pada RM400 bilion namun ada banyak perkara yang memberi kesan kepada rakyat tidak termasuk dalam rancangan berkenaan juga perubahan kerajaan memerlukan jajaran baharu selaras dengan Ekonomi Madani.


"Hasrat Perdana Menteri nak baiki sekolah daif, jalan daif, kilinik, tak ada (dalam peruntukan RM400 bilion), oleh itu perlu tambahan yang baru. Tambahan RM15 bilion menjadikan siling (meningkat kepada) RM415 bilion," katanya dipetik.


Mengulas lanjut, Rafizi menegaskan pertambahan kos itu adalah bergantung kepada jumlah pendapatan negara yang dijangka terus meningkat.


"Jangkaan kerajaan, defisit kekal tiga peratus... Kita yakin boleh berbelanja lebih tanpa kita berhutang lebih," tambahnya lagi.


Dalam pada itu Rafizi berkata, kajian separuh penggal RMK12 bukan sekadar semakan, sebaliknya ia hampir kepada pelan ekonomi baharu negara.


"Kajian separuh penggal ini adalah menyeluruh dan memberi gambaran terbaik bukan saja bagaimana Kerajaan Perpaduan mengubah dasar ekonomi, tetapi memberi kesan kepada rakyat," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page