top of page

RMK-12: Penerangan Ekonomi Madani ke peringkat daerah



Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat akan diterangkan kepada rakyat ke seluruh pelosok negara.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam satu siaran media.


"Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 kini menjadi dokumen untuk rujukan dasar kerajaan, pihak industri dan rakyat dalam merealisasikan Ekonomi MADANI.


"KSP RMK12 merangkumi aspek-aspek yang lebih luas, termasuk sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosio-budaya, dan sebagainya.


"Ini menunjukkan pendekatan yang holistik dalam perancangan pembangunan negara," katanya.


RMK, menurut Rafizi akan dibawa berdiskusi bersama rakyat di mana orang ramai boleh bertanyakan soalan. Dan hal itu belum pernah dilakukan kerajaan sebelumnya.


"Selepas ini, Kementerian Ekonomi akan turun ke daerah-daerah di seluruh negara untuk menerangkan Ekonomi MADANI dan program-program ekonomi terbaru daripada kerajaan.


"Orang ramai boleh tanya soalan dan berdiskusi lanjut berkenaan rancangan kami," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page