top of page

RMK-12 bakal terkubur di bawah kerajaan PN?



Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sepatutnya diumumkan pada bulan ini mungkin tidak akan dapat dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir berkata ia gara-gara pelaksanaan darurat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 dan dijangka memberi suatu malapetaka baru terhadap ekonomi negara.


"RMK-12 yang sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos 2020 kemudiannya ditunda kepada Januari 2021 dengan alasan bagi membolehkan ia dikaji semula susulan kesan ekonomi dunia akibat penularan wabak COVID-19.


"Walaupun hakikatnya antara punca penangguhan tersebut kerana berlakunya pertukaran kerajan akibat pengkhianatan ketika Langkah Sheraton yang lalu.


"Namun dengan melihat kepada kenyataan Perdana Menteri terkait hal darurat bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang, ini akan menimbulkan persoalan berkenaan pembentangan RMK-12 serta sejauh mana hala tuju perancangan ekonomi mampan dapat direncanakan oleh kerajaan," katanya.


Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menganggap pembentangan RMK-12 adalah penting kerana ia suatu pelan jangka sederhana bagi tempoh 5 tahun yang menetapkan sasaran perkembangan makro-ekonomi serta peruntukan pembangunan negara yang akan memacu ekonomi Malaysia keluar daripada belenggu ketidaktentuan ekonomi hari ini.


"Pembentangan ini amat penting dan menjadi tumpuan utama yang perlu diberi penekanan oleh Malaysia. Pembangunan ekonomi tidak lagi boleh dilaksanakan sebagaimana biasa jika ekonomi Malaysia ingin dilihat berdaya saing dan inklusif dalam tempoh lima tahun lagi yang sudah pastinya sangat kritikal. Suatu rencana ekonomi yang utuh perlu dibentangkan segera di Parlimen melalui RMK-12.


"Melihat kenyataan bahawa Parlimen tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat dilaksanakan, sudah pastinya pembentangan RMK-12 akan sekali lagi ditangguh dan ini akan memberi suatu cerminan kepada rakyat serta pelabur luar bahawa tiada suatu perancangan sistematik dan tuntas dalam mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang sepatutnya.


"Kecelaruan dan kelemahan pentadbiran Kerajaan PN bukan sekadar memberi impak negatif kepada ekonomi untuk tempoh sementara waktu, tetapi mempunyai implikasi buruk untuk jangka sederhana dan panjang," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page