top of page

RM69 juta peruntukan baik pulih kediaman anggota TUDM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15, 2024
  • 1 min read


Kementerian Pertahanan (Mindef) memperuntukkan RM69 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membaik pulih dan menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.


Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan pembaikan dan penyelenggaraan RKAT untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjumlah RM400 juta diberikan kerajaan bagi 2024.


"Daripada RM69 juta untuk TUDM, RM7.01 juta untuk selenggara di TUDM Subang.

"Kita beri perhatian serius soal ini kerana kita percaya ia membantu kesejahteraan anggota, itu sangat penting, ia libatkan soal rumah.


"Dengan rumah yang sempurna, anggota boleh bina keluarga bahagia dan dalam jalankan tugas tak perlu fikir keselamatan keluarga, atas dasar itu kerajaan prihatin lihat keadaan dan sudah tiba masanya rumah ini sebagian besar di naik taraf dan diselenggara," katanya dipetik.


Menurut Khaled, terdapat kira-kira 185 unit kediaman dikenal pasti memerlukan penambahbaikan dan penyelenggaraan di TUDM Subang.


Setakat ini 65 unit (rumah) sudah diselenggara dan berbaki 120 (unit rumah) lagi akan melalui proses sama.


"Tahun ini kita bernasib baik ia disalurkan awal tahun jadi saya percaya ia dapat disempurnakan ikut jadual tahun ini," katanya.


Pada lawatan itu, Mohamed Khaled turut meluangkan masa berbuka puasa dengan warga TUDM di Masjid Al-Muhajirin di Pangkalan Udara Subang dan mengagihkan sumbangan kepada 20 warga TUDM bagi meringankan beban khususnya dalam menyambut Ramadan.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan RM400 juta untuk menyelenggara dan membaik pulih semua RKAT seluruh negara.

Jumlah itu adalah peningkatan berbanding RM200 juta diumumkan dalam bajet tahun sebelumnya.

Selain itu sejumlah RM20 juta turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembentungan Kem Tentera Darat secara berfasa.

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page