top of page

RM681.71 juta hilang ekoran kegagalan pentadbiran lalu - LKAN 2022



Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendapati sejumlah RM681.71 juta dana awam direkodkan hilang susulan kegagalan pelaksanaan enam inisiatif kerajaan ketika itu.


Mengikut perincian laporan yang diterbitkan pada Rabu, kegagalan pengurusan membabitkan program penanaman padi telah menyebabkan negara rugi RM660.14 juta, iaitu nilai dana awam tertinggi yang dibazirkan.

Ia diikuti pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (RM14.33 juta); pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan dan agensi di bawah kementerian dalam negeri (RM6.34 juta).


"Ia turut membabitkan pengurusan program pemuliharaan kawasan perlindungan marin (RM0.49 juta) dan program galakan pelaburan bagi sektor perkilangan (RM0.29 juta) dan pengurusan program bandar selamat (RM0.12 juta).


"Perkara ini antaranya berkaitan pemberian pengecualian denda yang dikenakan ke atas kelewatan pembekalan dan penghantaran baja, penyaluran subsidi dan insentif pesawah tidak optimum.


"Ia juga membabitkan kegagalan mengutip hasil pajakan tanah dan perolehan secara penggantian pelupusan senjata api tidak dibekalkan sepenuhnya," kata Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi melalui LKAN 2022.


Dalam pada itu LKAN 2022 juga mendedahkan sebanyak RM21.35 juta pembaziran dana awam meliputi tiga program iaitu pengurusan pekerja asing bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) sebanyak RM19.39 juta.


Pengurusan program pemuliharaan kawasan perlindungan marin (RM1.04 juta), dan pengurusan program memperkasakan kapasiti, kebolehan dan daya saing industri pembinaan (RM0.92 juta).


Sementara itu, dua program dikesan tidak melaksanakan pembayaran secara teratur iaitu pengurusan program podium sukan elit (RM1.47 juta) dan pengurusan program memperkasakan kapasiti, kebolehan dan daya saing industri pembinaan (RM0.05 juta).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page