top of page

RM500j promosi kerajaan Abah: 'Rumah beranai anai diiklan aset terbaik'



Oleh: Abdullah Zaid


Peruntukan RM500 juta bagi kerja publisiti sepanjang 18 bulan pentadbiran bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dianggap luar biasa tinggi dan membazir.


Alasan yang diberi, perbelanjaan tinggi berkenaan bagi promosi terkait pandemik Covid 19 dan prestasi kerajaan ‘Abah’ yang yang terkesan dengan pandemik tidak meyakinkan.


Menyifatkan prestasi itu sebagai ‘wayang’, Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, tiada apa yang berkesan daripada usaha promosi berkenaan kecuali kerajaan Muhyiddin memberi sejumlah wang kepada pengendali media utama dan sosial untuk 'menaikkan' persepsi politik ke atas mereka yang gagal mentadbir.


"Saya lihat sepanjang pentadbiran mereka (prestasi) hanya sekadar wayang kulit sahaja. Kita selidik realiti sebenarnya bukan begitu.


"Rakyat hidup penuh kesukaran dan ada yang dibuang kerja, harga barang mahal, rakyat sangat tertekan pada masa itu.


"Ia umpama rumah sudah dipenuhi anai-anak, tetapi diiklan sebagai rumah yang sempurna sehingga ada yang terbeli (tertipu)," katanya.


Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta penjelasan RM700 juta bagi iklan dan publisiti yang dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu.


Jelasnya, rakyat berhak tahu bagaimana perbelanjaan setinggi itu digunakan, selain menyifatkannya sebagai berkepentingan awam yang perlu dinyatakan secara telus.


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kira-kira RM500 juta telah dibelanjakan bagi kerja iklan dan promosi ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala baki RM200 juta di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Jelasnya, kerajaan MADANI hanya menyambung peruntukan sedia ada bagi pelaksanaan kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaiannya sepanjang tahun 2023.


Manakala pada 2024, kerajaan melalui Kementerian Kewangan hanya meluluskan peruntukan tidak melebihi RM100 juta bagi tujuan promosi dan publisiti berkenaan.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page