top of page

RM500 juta diperuntukkan program Penstabilan Harga Minyak Masak



Kerajaan Madani memperuntukkan RM500 juta bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) pada tahun ini.


Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh, jumlah yang diperuntukkan bagi program itu meningkat berbanding hanya RM400 juta bagi tahun lalu.


Jelasnya, jumlah peruntukan untuk menyediakan minyak sawit bersubsidi itu tertakluk kepada harga minyak sawit mentah (CPO).


"Sekiranya harga CPO meningkat maka dana yang diperlukan untuk melaksanakan program juga turut meningkat.


"Jumlah peruntukkan yang diperlukan adalah berdasarkan ketetapan dasar bagi menyediakan sebanyak 60 ribu metrik tan sebulan atau kira-kira 60 juta paket sekilo, sebulan," jelas Fuziah di Dewan Rakyat pada Khamis.


Beliau sebelumnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lim Lip Eng (PH - Kepong) yang mahu pihak kementerian menyatakan berapa jumlah dana dan tan subsidi minyak masak yang telah diluluskan pada tahun 2022 dan 2023 serta syarikat diluluskan.


Sementara itu tambah Fuziah, peruntukan dikemas kini bagi menyediakan kos pada 2022 adalah sebanyak RM2.42 bilion dan pada tahun ini sebanyak RM1.6 bilion tertakluk kepada pergerakan pergerakan naik turun harga CPO.


KPDN pula telah melantik 366 syarikat pembungkus di seluruh negara bagi membekalkan minyak masak bersubsidi dalam pasaran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page