top of page

RM500,000 jayakan program Ramadan daerah Gombak



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan Negeri memperintukkan RM500,000 bagi menjayakan program Jelajah Kita Selangor Ramadan di daerah Gombak.


Katanya, jumlah itu membabitkan agihan bantuan kepada surau, badan kebajikan serta agensi kerajaan


"Dari jumlah itu, hampir RM400,000 disumbangkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi menaik taraf sistem pendawaian serta kemudahan lain.


"Menerusi program ini, kita dapat berjumpa dengan pihak yang telah membantu pengurusan Kerajaan Negeri di peringkat daerah," katanya berucap dalam program Jelajah Ramadan #KitaSelangor dan majlis Iftar Bersama Agensi Kerajaan dan Ketua Kampung di Dewan Siantan, Gombak, malam tadi.


Menurut MB lagi, peruntukan itu dibiayai oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) dan akan diberi ke setiap daerah.


"Kita harap program ini akan diteruskan untuk membolehkan organisasi atau persatuan menjalankan kegiatan mereka," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page