top of page

RM46.5 bilion meningkatkan keberkesanan sektor kesihatan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 10
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima peruntukan sebanyak RM46.5 bilion pada tahun hadapan berbanding RM45.3 bilion pada tahun ini.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peruntukan itu sebagai sesuatu yang besar, merungkai beberapa permasalahan utama sektor kesihatan.


''Pertama, semua hospital dan klinik kerajaan akan diselenggara dan dibaik pulih dengan peruntukan RM1.2 bilion. Wad-wad hospital daerah seluruh negara dinaik taraf dengan peruntkan RM100 juta.


''Peralatan perubatan lapuk akan diganti dengan yang baharu dengan peruntukan RM755 juta.


''Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bantu menyediakan RM650 juta untuk meningkatkan ketersambungan internet di hospital awam dan klinik kesihatan.


''Klinik Kesihatan turut diperkasa dengan peruntukan RM30 juta. Kerajaan akan membina hospital, klinik dan blok tambahan,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan itu sempena pembentangan Belanjawan MADANI 2026.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page