RM369 juta baiki kerosakan akibat banjir - MB



Sejumlah RM369 juta diperlukan bagi kos pembaikan insfrastruktur yang musnah atau rosak di Selangor dalam banjir bandang minggu lalu.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kos terbabit melibatkan 3 kategori pembaikan yang perlu dilakukan sama ada darurat, segera dan biasa.


"Kita kategorikan 3 keadaan insfrastruktur, darurat, segera dan biasa. Darurat bermakna sangat perlu diperbaiki, segera perlu dibuat dalam sebulan dua dan biasa boleh dilakukan sebagaimana (proses pembaikan) biasa.


"Untuk darurat RM142 juta diperlukan melibatkan JPS, JKR, Pejabat Tanah dan sebagainya. Segera pula RM177 juta dan kadar biasa RM49 juta diperlukan.


"Jumlah keseluhan sekitar RM369 juta. Ia akan ditanggung sebahgainnya oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaaan Persekutuan.


"Senarai akan dihantar ke pihak Persekutuan seperti (pembaikan) jalan dan kemudahan lain. Penguruan air Selangor (kos pembaikan) sebanyak RM54 juta dan telah diuruskan sebahagiannya melibatkan loji loji yang dilimpahi air banjir," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, petang tadi.


Mengenai keparahan kerosakan, Amirudin berkata, terdapat 2 daerah yang paling teruk dilanda banjir, iaitu Hulu Langat dan Klang yang memerlukan perhatian khas Kerajaan Negeri.


"Kita melihat perkembangan dan kadar keparahan atau kerosakan yang ditanggung. Pertama YB Khairuddin Othman dipertanggungjawabkan di mukim Hulu Langat kerana kerosakan luar biasa di sana. Keluarga yang terlibat 3,500 keluarga.


"Dalam masa sama kita dapati saiz bencana di Klang juga besar dan untuk memperkukuhkan tugas, Kerajaan Negeri mengarahkan Exco Teng Chang Khim memantau proses pembersihan dan masalah (yang dihadapi kawasan berkenaan)," katanya.


Dalam sidang media itu juga MB mengumumkan sejumlah 13,000 tan sampah berkaitan banjir telah dipungut oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, iaitu KDEB Waste.


Katanya, di kawasan yang sukar untuk lori memungut sampah seperti Hulu Langat, Kerajaan Negeri akan menutup jalan pada setiap hari mulai pukul 8.00 hingga 10.00 pagi bagi memudahkan lori sampah berulang alik. Kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang didapati sukarelawan banyak ke kawasan tersebut untuk kerja kerja bantuan pasca banjir.


Bagi aktiviti pendaftaran sukarelawan pula, MB menolak pendapat bahawa kerajaan Selangor menyulitkan aktiviti membantu mangsa banjir dengan pendaftaran sukarelawan. Sebaliknya, kata beliau urusan tersebut adalah bagi memudahkan sukarelawan dipantau dan dihubungi terutama berkaitan hal keselamantan dan kesihatan.


Amirudin juga mengambil kesempatan memperkenalkan laman web yang diusahakan oleh Ahli Dewan Negeri Subang Jaya untuk membantu mangsa banjir


"Saya ingin memaklumkan usaha Ahli Dewan Negeri Subang Jaya iaitu YB Michelle Ng, membantu kita menyalurkan derma dan memaklumkan kepada kerajaan pasukan sukarelawan mana dan kawasan sampah mana yang belum dipungut, iaitu website teguhbersama.com yang dikendalikan oleh beliau.


"Justeru kalau ingin melaporkan, boleh melalui web ini dan akan disalurkan kepada Kerajaan Negeri," katanya lagi.


Dalam sidang media itu juga Amirudin mengumumkan syarikat MRCB telah menyumbangkan sebanyak 1,000 dapur memasak dan Kerajaan Negeri mengalu alukan sumbangan berbentuk kewangan serta material daripada pelbagai pihak.


Beliau juga mengumumkan kutipan tabung bencana Selangor berjumlah RM3.2 juta dan akan digunakan untuk memberi bantuan segera seperti dapur dan gas serta beberapa keperluan asas lainnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER