RM300 juta disalur bantu usahawan India 2 bulan pertama 2025 - Ramanan
- Suara Keadilan
- Mar 3
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kerajaan MADANI terus komited memperkasa ekonomi usahawan India, tegas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Ramanan memaklumkan, setakat Februari lalu sebanyak RM300 juta telah disalurkan bagi tujuan pemerkasaan itu.
Jumlah itu merangkumi RM100 juta untuk Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), RM100 juta bagi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah TEKUN Nasional dan RM100 juta diperuntukkan kepada BRIEF-i (Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i).
"Dalam tempoh dua bulan sahaja, kita salurkan RM300 juta dan pihak kerajaan sedang mengusahakan beberapa lagi inisiatif baharu untuk membantu memajukan taraf sosioekonomi komuniti India.
"Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi di bawah kementerian saya untuk tujuan berkenaan," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, inisiatif yang sedang dilaksana kerajaan merupakan bukti kesungguhan dan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuh ekonomi golongan usahawan India yang selama ini menyumbang kepada pembangunan negara.
Justeru beliau berharap para peserta yang menyertai sesi taklimat SPUMI & SPUMI Goes Big mengambil peluang untuk menyertai program ini demi memperkukuh lagi perniagaan masing-masing.
"Pada masa yang sama, saya juga menyeru agar mereka menjadi duta yang menyebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan usahawan lain, supaya lebih ramai dapat memanfaatkan peluang yang baik ini," katanya.
Another eye wash of RM 300 Million, as what the Batu MP promise for B40 Kidney Diylasis patients one off payment 8000 ringgit already more than Six months, Mitra fund yet to come.