top of page

RM230 ribu tambahan naik taraf fasiliti kesihatan Langkawi

Updated: Jul 26, 2023



Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan RM230,000 sebagai peruntukan tambahan bagi menaik taraf fasiliti kesihatan di Langkawi.


Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, peruntukan itu termasuk bagi mendapatkan mesin bilirubinometer bagi pemeriksaan paras bilirubin bayi menghidap jaundis (penyakit kuning) di Pulau Tuba bernilai kira-kira RM50,000.


"Dari sudut penjimatan kos, mereka ini kalau sakit jaundis terpaksa ke pulau besar dengan ada pemeriksaan susulan setiap beberapa hari sekali, kita kena tengok paras bilirubin.


"Jadi mereka minta kalau misalnya dapat mesin untuk ukur tahap bilirubin tu di Pulau Tuba sendiri sebab itu akan menjimatkan masa, yang keduanya mengurangkan kos perjalanan," katanya dipetik selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi pada Isnin.


Selain itu tambahnya, peruntukan sama akan digunakan bagi menaik taraf sistem pintu magnetik dewan bersalin dan dewan bedah selain peti sejuk khas bagi menyimpan bahan reagen yang semakin bertambah di Unit Patologi HSM.


Satu unit peralatan system 8 cordless driver stryker juga akan ditambah kepada unit sedia ada yang dijangka dapat mengatasi masalah tunggakan kerja dan waktu menunggu pembedahan dijalankan.


Mengulas lanjut mengenai kerja-kerja naik taraf HSM, Dr Zaliha memaklumkan setakat ini kerja dilaksana sudah mencapai 19 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page