top of page

RM170k dikeluarkan dari akaun tanpa pengetahuan, Bank Negara perlu bertindak



Penipuan kewangan digital (financial fraudsters) yang semakin serius sejak kebelakangan ini tidak mendapat reaksi balas sewajarnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM).


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, teguran yang dimajukan oleh pihaknya sebelum ini mengenai financial fraudsters dalam memorandum kepada Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah juga masih belum dijawab atau diambil tindakan.


"Sehingga hari ini malangnya tidak kelihatan sebarang tindakan segera daripada pihak BNM mahupun Kementerian Kewangan.


"Respon yang lembap ini adalah amat mendukacitakan," katanya dalam sidang media mengenai penipuan kewangan digital, pagi ini.


Dalam sidang itu juga, Chean Chung mendedahkan satu lagi kes melibatkan seorang pemegang akaun di sebuah bank yang kehilangan wang berjumlah RM170,000 tanpa apa apa notis pengeluaran diberikan kepadanya.


"Sebanyak RM170,000 telahpun dikeluarkan tanpa penerimaan sebarang TAC/OTP oleh si mangsa. Tambahan pula, wang yang dikeluarkan tersebut bukan dalam akaun simpanan biasa, tetapi merupakan flexi account overdraft.


"Bayangkan jika bayaran ansuran rumah anda selama beberapa tahun tiba-tiba dikosongkan tanpa sebarang pengetahuan, apakah perasaan anda?


"Saya yakin terdapat ratusan kes-kes sebegini yang masih tidak mendapat perhatian dan keadilan sewajarnya," katanya.


ADUN Semambu itu berkata, mengikut kenyataan Datuk Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Selangor, dalam separuh tahun pertama 2022, sebanyak 1,354 kes penipuan online telah direkodkan dengan kerugian sebanyak RM59.6 juta


Tegasnya, kelembapan dan ketidakcekapan Kerajaan bertindak adalah seumpama 'sudah jatuh ditimpa tangga' buat ribuan rakyat biasa yang dijadikan mangsa, dan KEADILAN beranggapan situasi tersebut tidak boleh terus dilayan dengan cara yang remeh dan terpisah pisah seperti sekarang.


"Oleh itu, kami memberikan ultimatum kepada BNM dan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan cadangan penyelesaian dalam tempoh 7 hari.


"Jika permintaan ini masih tidak diendahkan, KEADILAN akan mengajak semua mangsa yang ditipu hadir ke BNM untuk membuat aduan supaya suara mereka betul-betul dapat didengari," katanya lagi.


Turut hadir dalam sidang media itu adalah mangsa penipuan kewangan digital, Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan KEADILAN, Zahir Hassan (kanan Chean Chung); Ketua Biro Guaman AMK Pusat, Chiew Choon Man dan Timbalan Ketua Cabang Segambut KEADILAN

Deric Teh.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page