top of page

RM150 juta dana tambahan untuk Projek Perumahan Generasi Baharu Felda

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
8 hours ago
1 min read

Sebanyak RM150 juta disediakan Kerajaan MADANI sebagai peruntukan tambahan bagi menyiapkan tiga tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) membabitkan 554 unit rumah.


Projek berkenaan melibatkan masing-masing 200 unit rumah bagi Felda Bukit Aping Timur dan Felda Pasak di Johor serta 154 unit bagi Felda Kerteh 5, Terengganu yang diumumkan beliau pada Hari Peneroka Felda 7 Julai lepas.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi projek Rumah Pahang di Felda Jengka 11, projek tersebut telah diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Pahang, khususnya melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).


"Untuk makluman, status kemajuan projek pada tahun 2025 adalah sebanyak 75 peratus manakala pada masa ini projek tersebut berada pada peringkat penyelenggaraan di bawah pihak yang bertanggungjawab," kata beliau dalam jawapan lisan disiarkan di laman web Parlimen.


Anwar yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan seorang Ahli Parlimen berhubung perkembangan pelaksanaan dan status terkini projek perumahan Generasi Baharu Felda yang telah disiapkan termasuk di Felda Jengka 11.


Anwar turut memaklumkan, sebanyak 12 tapak perumahan merangkumi 2,458 unit rumah telah siap dibina dan kini diduduki generasi baharu yang layak menerusi projek PGBF sejak ia dimulakan pada 2013

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page