top of page

RM100 untuk rakyat “besar ertinya untuk yang susah” - Jonathan Vela

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 24
  • 1 min read

ree

Naib Ketua KEADILAN Cabang Bandar Tun Razak, Jonathan Vela (gambar) menempelak sikap tidak bersyukur pihak tertentu yang memperkecilkan bantuan tunai RM100 diumum Perdana Menteri semalam.


Tegas beliau, nilai bantuan itu tidak sepatutnya dinilai dari perspektif kelompok yang hidup selesa, sebaliknya harus dilihat dari sisi mereka yang setiap hari bergelut menyediakan makanan asas atau membayar bil utiliti.


"Ini bukan soal jumlah, tapi soal empati. Sumbangan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan mendekati denyut nadi rakyat


"RM100 mungkin kecil untuk kamu, tetapi untuk yang berada dalam kesempitan, ia cukup untuk membeli barang dapur atau menampung keperluan harian. Ini langkah meringankan beban rakyat," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Pemberian bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos itu selain meringankan beban sara hidup juga sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia.

Sementara itu Jonathan menasihatkan mana-mana pihak yang tidak memerlukan bantuan tersebut agar tidak menjadikannya bahan sindiran, sebaliknya menghulurkan kepada mereka yang lebih memerlukan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia.


"Kepada yang tidak mahu menerimanya, boleh sahaja menyumbangkannya kepada mereka yang lebih memerlukan. May they be blessed!" tambahnya.


Tinjauan di media sosial sejurus selepas pengumuman Perdana Menteri itu semalam mendapat sambutan baik rakyat dengan kebanyakan mereka menzahirkan ucapan terima kasih.


Namun masih ada segelintir pihak yang terus mempamerkan sikap suka memperlekeh apa juga usaha yang dilaksana kerajaan dalam membantu rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page