top of page

RM100 juta dana subsidi tambahan bahan api warga Felda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 14, 2024
  • 2 min read


Warga peneroka Felda tidak perlu lagi terbeban dengan isu peningkatan diesel kerana kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan dan sebagainya terhalang daripada mendapatkan bantuan Budi Madani tunai RM200.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan RM100 juta subsidi tambahan pada sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang pagi tadi berkata, beliau prihatin apabila Pengerusi Felda, Datuk Seri Shabery Cheek mengadu masalah para peneroka dengan kenderaan yang biasanya tidak mempunyai cukai jalan dan sebagainya untuk kegunaan ladang kini menghadapi peningkatan kos.


"Tetapi tahulah di kawasan Felda banyak kereta sapu tak bayar cukai jalan. Bagaimana nak dapat subsidi? Runding baik baik, saya wakil saudara, kita cari penyelesaian. Kalau maki hamun tak dapatlah. Kalau bincang tak kan kita tahu semua.


"Saya tanya, berapa kos lebih kurang (subsidi diesel) dalam RM100 juta. Hari Jumaat beri tahu, terus saya kata lulus RM100 juta bantuan subsidi tambahan


"Kemudian Datuk Zahid (timbalan perdana menteri) kata, bagaimana kenderaan yang tak ada roadtax ni, mereka tak daftar. Jadi kita bincang cari jalan daftar dengan Felda dan kita cari jalan bantu guna apa cara (yang sesuai)," katanya.


Kenderaan tanpa cukai jalan lengkap dan sebagainya menjadi masalah sejak penyasaran subsidi dimulakan pada 10 Jun lalu apabila mereka gagal mendapat diesel bersubsidi sama ada melalui bantuan Budi Madani RM200 kerana dinyatakan sebagai tidak mempunyai 'rekod lengkap'.


Hal itu telah dijadikan alat politik pembangkang untuk membangkitkan kemarahan masyarakat luar bandar kepada Kerajaan Perpaduan yang melaksanakan penyasaran subsidi.


Dalam pada itu, PM mempertahankan keputusan penyasaran subsidi diesel dan pembangkang juga katanya, tidak mampu menjawab apakah kerajaan dibenar memberi subsidi pukal yang mana orang kaya serta bukan warga negara juga boleh menikmatinya.


"Masalahnya RM3.8 juta orang asing yang tak bayar cukai pun ambil subsidi itu, kita rugi berbilion. Syarikat untung ratus juta pun dapat subsidi itu. Jadi kita kena tarik subsidi pukal.


"Itu sebabnya kita katakan penyasaran subsidi. Apa dia (pembangkang) cakap, di kampung itu kerana main politik.


"(Hakikatnya) boleh tak bilion ringgit bagi orang asing, orang kaya? Tak boleh jawab. Kalau tak boleh bagaimana? Kita buat penyasaran subsidi," katanya lagi.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page