top of page

RM1 juta diperuntukkan untuk pupuk budaya membaca

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 26
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI memperuntukkan RM1 juta menerusi kempen Baucar Buku Semarak Membaca 2025 bagi memupuk dan memperkasa budaya membaca dalam kalangan masyarakat.


Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, insentif itu bertujuan untuk membantu masyarakat dalam pembelian bahan-bahan ilmiah.


Selain itu ia juga bagi menggalakkan perbelanjaan domestik yang akan merancakkan lagi industri perbukuan negara.


"Kerajaan Madani sentiasa komited dalam usaha untuk meringankan beban rakyat, terutamanya dalam aspek pendidikan dan akses kepada sumber ilmu.


"Kempen ini merupakan inisiatif oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama antara Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu tambahnya, menerusi kempen itu, platform Shopee akan menjadi rakan e-dagang rasmi PNM.


"Platform itu bersetuju untuk memudahkan penebusan baucar, memperluas akses kepada buku berkualiti dengan harga mampu milik dan menyumbangkan baucar Shopee Live bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli buku.


"Usaha murni ini boleh menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain bagi membentuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia," tambahnya.


Berdasarkan kenyataan, penebusan baucar buku ini bermula dari 22 April sehingga 31 Disember 2025.


Pembeli hanya boleh menebus satu baucar RM10 dengan perbelanjaan minimum RM20 ke atas bagi buku tempatan sahaja.


Pemohonan untuk baucar itu boleh dibuat menerusi laman web https://semarakmembaca.com/

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page