top of page

RM1.9 juta bantu sekolah pondok, di mana islam terkubur



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Dr Taufiq Ismail meminta pengundi berfikir masak masak sebelum membuang undi esok kerana pada Pilihan Raya Umum 15 lalu mereka telah ditipu oleh PN kononnya jika Pakatan Harapan (PH) menang Islam terancam.


Hakikatnya, kata beliau, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bantuan kepada sekolah agama dan masjid di Kedah dan seluruh negara.


"Depa kata kalau menang PH maka Islam terkubur.


"Hari ini saya katakan Datuk Seri Anwar mengumumkan RM1.9 juta untuk 28 sekolah pondok di Kedah. RM2.9 juta untuk 588 surau dan masjid di Kedah. Jadi tang mana Islam tergadai? Tak ada


"Sebab itu kita mesti kuat, kukuh. Ingat PRU lepas parlimen Sungai Petani mencipta sejarah satu satunya parlimen PH menang. 12 Ogos di Sungai Petani saya ingin mengajak seluruh rakyat negeri Kedah bersatu padu rampas semula maruah kita," katanya dalam ceramah grand finale Jelajah Perpaduan di Sungai Petani, malam ini.


Dr Taufiq menambah, negeri Kedah ada segala galanya cuma kekurangan pemimpin berkaliber yang boleh meningkatkan kemajuan negeri tersebut.


"Saya lihat negeri Kedah ini bertuah. Penuh hasil kekayaan dan hasil bumi. Kita ada segala galanya, sawah padi, gunung ganang,


"Yang kita kurang adalah pemimpin hebat. Sebab itu kekayaan negeri ini harus dipulangkan kepada rakyat negeri Kedah


"Hari ini ada pemimpin Kedah yang tak tahu buat apa, tahu nak cari gaduh sahaja. Bukan hanya dengan PM kita, dia juga telah menyerang Sultan Selangor.


"Di mana kita nak letak muka kita berhadapan orang luar. Mereka tidak ada satu hal boleh ditawarkan, hanya menunggang agama, bangsa. Itulah yang cuba dilakukan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page