top of page

RM1.6 juta tangani tapak sampah haram sepanjang 2023 - KPKT



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggerakkan pelbagai usaha bagi membenteras kewujudan tapak pelupusan sampah secara haram.


Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melalui satu kenyataan berkata, bagi tujuan itu lima strategi utama telah dirangka termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap hotspot sampah haram untuk memantau dan membawa pihak yang melupuskan sampah secara haram dikenakan tindakan.


Selain itu, SWCorp sebagai agensi dibawah KPKT turut akan menjalankan pemeriksaan 'aliran sisa' terhadap penjana sisa binaan, institusi, komersian dan industri untuk memastikan sasaran sifar lokasi sampah haram menjelang 2026 dapat dicapai dan menubuhkan Skuad Tindakan Pantas bagi melaksana pelan yang telah dirancang.


"Turut dicadangkan adalah tapak pelupusan sisa lengai baharu untuk pelupusan sisa binaan dan sisa institusi, komersial dan industri dan mempertingkat penguatkuasaan dan pendakwaan berkaitan kesalahan pelupusan sisa pepejal di tempat tidak dibenarkan," kata Bahagian Korporat SWCorp melalui kenyataan tersebut.

Kejayaan KPKT menutup 2,093 tapak sampah haram

Terdahulu Menteri KPKT Nga Kor Ming memaklumkan bahawa kementeriannya telah memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta sepanjang tahun lalu untuk menutup sebanyak 2,093 tapak lokasi sampah haram di tujuh negeri melalui agensi.


Kementerian itu menerusi SWCorp jelasnya telah melaksanakan pembasmian besar-besaran tapak sampah haram dengan anggaran pembersihan sebanyak 6,410 tan metrik sampah.


"KPKT memandang serius isu berkaitan pengurusan sisa pepejal di bawah fungsi SWCorp yang mana operasi berterusan tapak pelupusan sampah haram akan menjadi inisiatif utama tahun ini.


"Ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI yang memfokuskan dua tonggak utama iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat," katanya pada sidang media Operasi Pembersihan dan Penutupan Tapak Sampah Haram di Jalan Davis, di Kuala Lumpur pada Isnin.


Sementara itu tambahnya, KPKT akan mempertimbangkan cadangan mengetatkan undang-undang supaya kadar denda bagi kesalahan berkaitan tapak sampah haram dinaikkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page