top of page

RM1.2 juta taja 36 jemaah kurang kemampuan tunai ibadah haji



Selangor menaja seramai 36 orang jemaah dari kalangan rakyat kurang berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini dengan kos sebanyak RM1.2 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.


Penajaan itu atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membolehkan golongan susah yang benar-benar berhasrat untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dapat melaksanakannya.


"Baginda menitahkan supaya kerajaan Selangor menaja 36 peserta haji dari sembilan daerah di negeri itu, yang dipilih dalam kalangan rakyat yang tidak mampu tetapi benar-benar berhasrat untuk menunaikan ibadah tersebut," kata Selangor Royal Office di Facebook.


Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyempurnakan perasmian Kursus Perdana Haji 1445H Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.


Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.


Sultan Sharafuddin bertitah bakal jemaah haji menasihatkan agar mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima itu memandangkan ia merupakan satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan yang jelas.


Baginda turut mengingatkan jemaah agar terus mengekalkan disiplin diri semasa berada di Tanah Suci, serta menjaga nama baik Selangor dan Malaysia.


Baginda dimaklumkan bahawa setakat ini, jemaah haji Malaysia termasuk dari Selangor, adalah antara jemaah yang berdisiplin serta patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh kerajaan Arab Saudi


Baginda mahu semua jemaah menumpukan perhatian kepada ibadah di Tanah Suci dan elakkan daripada terlibat dalam sebarang bantahan atau demonstrasi.


Sultan Selangor turut telah disembah maklum bahawa bilangan pendeposit di Tabung Haji bagi negeri Selangor ialah sekitar 1.81 juta orang dengan jumlah simpanan RM18.797 bilion, manakala jumlah jemaah haji dari Selangor adalah seramai 8,061 orang pada tahun ini.


Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri menjunjung titah Sultan Selangor dengan membiayai sepenuhnya perbelanjaan menunaikan ibadah haji kepada 36 jemaah.


Selain itu katanya seramai 6,000 jemaah haji negeri itu layak menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 tahun ini.


Beliau berkata insentif berkenaan bagi membantu jemaah haji yang memerlukan membuat persiapan menunaikan ibadah berkenaan.


"Selangor merupakan negeri paling ramai jemaah haji terpillih menjadi tetamu Allah tahun ini, kira-kira 8,000.


"Daripada jumlah itu, kira-kira 6,000 daripadanya diberi bantuan insentif muassasah RM500 selain 36 jemaah haji dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk menunaikan ibadah itu tahun ini.


"Saya percaya tiada negeri lain yang mampu laksana apa yang kita lakukan terutama dalam membantu jemaah haji yang ingin menunaikan ibadah haji," katanya berucap pada Majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak di Dataran Sungai Tua, Gombak malam tadi.


Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM3 juta untuk skim Permohonan Insentif Haji Muassasah, meningkat RM1.5 juta berbanding tahun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page