top of page

RM 30 juta: Nik Nazmi dedah percubaan membeli sokongan


Usaha membeli sokongan menjelang dibentangkan usul Undi Percaya ke atas Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin pada September ini terus rancak.


Terbaharu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan usaha untuk membeli sokongan beliau dengan nilai RM30 juta.


Namun, menurut Nik Nazmi usaha tersebut bukanlah yang pertama, beliau telah cuba dibeli sejak tahun lalu. Ketika itu, katanya harga yang ditawarkan sebanyak RM26 juta dengan membawa bersama 6 Ahli Parlimen lain. Cuma kali ini harga meningkat kepada RM30 juta untuk seorang sahaja.


"Hari ini kita baca ada laporan daripada Saifuddin Nasution, Ketua Setiausaha PH dan beliau mendedahkan ada usaha rancak untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang, dan 5 dari KEADILAN


"Yang dinamakan itu Hulu Selangor, Alor Setar, Kuala Kedah, Balik Pulau dan saya Setiawangsa


"Memang saya bukan mahu layan. Pada ketika dahulu jumlahnya sekitar RM24 atau RM26 juta tetapi dengan syarat saya kena bawa 6 orang lain.


"Kali ini cerita berbeza, yang mana cerita dia (agen) bermula dengan mesej. Mesej ini saya terima dari dua nombor saya. Termasuk nombor utama yang ramai orang telefon. Satu lagi nombor yang jarang dipakai pun terima mesej yang sama," katanya dalam siaran Facebook langsung, semalam.


Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN itu lagi, terdapat juga warga maya yang bertanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis.


Nik Nazmi menegaskan banyak laporan polis dibuat beliau dalam pelbagai isu namun bukan semua disiasat dengan rapi. Dan agen yang menawarkan sogokan pula pintar menggunakan nombor baharu, juga tidak menggunakan istilah yang terang-terangan cuba menyogok.


"Saya rasa kalau perkara ini belum heboh mungkin kita boleh cuba perangkap. Namun ini gerakan yang licik. Terpulang orang nak percaya atau tak mahu percaya. Cuma saya kongsikan mesej yang saya terima," katanya.


Bagaimanapun, Nik Nazmi menasihatkan PM Mahiaddin Yassin agar segera melaksanakan Undi Percaya di Parlimen. Perbuatannya menangguhkan sidang tersebut ke bulan September menjadikan usaha membeli maruah manusia menjadi-jadi di Malaysia.


"Apa yang saya nak tekankan langkah yang dibuat oleh PM menangguhkan sidang Parlimen dan menangguhkan Undi Percaya ke atas kedudukan beliau itu tidak bertanggungjawab.


"Buatlah Undi Percaya (segera). Kalau tak boleh sidang kerana kluster (Covid), ada banyak cara. Timbalan Spekaer Datuk Azalina telah memberi pilihan yang boleh dipilih. Jangan jadikan peraturan (Parlimen) itu perkara yang mengekang.


"Usaha membeli ini ini tak sihat. Ini bukan jual durian, ini beli katak. Bukan semua yang hijau itu halal untuk dimakan. Kita tak mahu politik kita terus bergelumang perkara ini," katanya.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page