top of page

RIUH x ASEAN Marketplace, acara kreatif terbesar Asia Tenggara Okt depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Acara kreatif terbesar di Asia Tenggara, RIUH x ASEAN Marketplace bakal diadakan di ibu negara pada 22 sehingga 25 Oktober depan.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, program berkenaan akan membawa jenama tempatan dari Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia.


"Ia melibatkan lebih 200 jenama runcit, 100 jenama makanan dan minuman, 40 persembahan artis , 30 bengkel interaktif, 20 pengaktifan kreatif dan sesi khas untuk jaringan serta kerjasama rentas negara melibatkan usahawan dan penggiat industri kreatif.


"Selain itu, aktiviti pop-up Riuh Gallery bermula 1 Oktober 2025 (tertakluk kepada tarikh-tarikh khusus yang akan diumumkan) di lokasi strategik sekitar Lembah Klang merangkumi persembahan muzik indie, komedi, sesi sastera, puisi (spoken word) serta pameran seni visual.


"Inisiatif ini memberi ruang kepada bakat tempatan untuk berkarya dan berinteraksi dengan khalayak," katanya.


Manakala siri pop-up Riuh Gallery pula akan bermula 1 Oktober di pelbagai lokasi sekitar Lembah Klang, memberi peluang bakat tempatan mempersembahkan muzik indie, komedi, sastera, puisi dan seni visual.


Beliau berkata demikian dalam sidang media Riuh Hangout 2025 yang diadakan di Sentul hari ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page