top of page

RIUH Merdeka 2025: Acara kebudayaan, kesenian 30 jam tanpa henti - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read
Datuk Fahmi dalam sidang meda mengumumkan acara RIUH Merdeka 2025 buat julung kali di Malaysia
Datuk Fahmi dalam sidang meda mengumumkan acara RIUH Merdeka 2025 buat julung kali di Malaysia

Oleh: Akmal Manaf


Julung kalinya, acara RIUH Merdeka 2025 akan diadakan selama 30 jam tanpa henti bertempat di tapak parkir Monumen Alaf Baharu, Putrajaya sempena sambutan bulan kemerdekaan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, acara dengan kerjasama MyCreatives Venture itu melibatkan pelbagai aktiviti menarik yang meraikan perpaduan, kebudayaan dan kreativiti Malaysia melalui seni dan muzik.


"Sepanjang 30 jam ini, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai vendor dan acara menarik.


"Antara vendor yang disediakan adalah dalam bidang pakaian, aksesori, produk kecantikan, makanan dan minuman.


"Turut diadakan persembahan muzik secara langsung oleh artis-artis terkenal tanah air seperti Yuna, Misha Omar, Pop Shuvit, Alif Satar dan ramai lagi.. masuk adalah percuma," katanya.


Beliau memaklumkan tentang program itu dalam sidang media Riuh Hangout 2025 yang diadakan di Sentul hari ini.


RIUH Merdeka merupakan program prasambutan selama 30 jam, bermula jam 12 tengah hari 30 Ogos ini di kawasan Monumen Alaf Baru yang menampilkan aktiviti menarik seperti konsert, wayang pacak dan gerai jualan sehinggalah Hari Kebangsaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page