Risiko wabak ASF khinzir: Kerajaan perlu susun strategi kawalan, pembanterasan



Wabak African Swine Fever (ASF) yang menyerang ternakan khinzir di Afrika dan membunuh hampir 100% haiwan yang dijangkiti perlu ditangani oleh Kementerian Pertanian secara berstrategi.


Mantan Timbalan Menteri Pertanian, Sim Tze Tzin berkata industri ternakan khinzir bernilai lebih kurang RM5 bilion di Malaysia dan memerlukan perhatian khusus kerajaan dalam mengawal wabak berkenaan.


"Saya ingin memberi pengiktiran kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah bertindak secara profesional dan pantas menangani penularan wabak ASF.


"Walau bagaimanapun, demi menangani masalah wabak virus ASF ini, ia memerlukan All-Government Approach bukan bergantung kepada DVS sahaja. Dalam soal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan harus menjadi peneraju dalam usaha membanteras ASF," katanya


Oleh itu, Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi hal-ehwal Pertanian dan Komoditi itu mencadangkan 5 strategi yang boleh diambil dalam menangani ASF secara berkesan.


Katanya, Kementerian Pertanian seharusnya mengambil langkah lebih proaktif dan tidak terlalu bergantung kepada Jabatan Veterinar


"Dalam hal ini kerajaan perlu membantu meningkatkan biosekuriti ladang di semua ladang komersial. Usaha ini bukan setakat pihak kerajaan, tetapi lebih kepada usaha para penternak sendiri.


"Kerajaan harus memberi pampasan kepada penternak khinzir yang terpaksa memusnahkan khinzir dikesan ASF. Tujuannya untuk menggalakkan laporan segera kepada pihak DVS jika wabak dikesan, dan mengelakkan penjualan haram khinzir yang sakit ke pasaran. Saya ingin mencadangkan pampasan sebanyak RM400 seekor


"Begitu juga Perintah Kawalan Pergerakan mesti dikenakan ke atas pergerakan khinzir hidup. Khinzir hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja," ujarnya.


Sim turut mencadangkan penglibatan pihak Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha memusnahkan khinzir yang sakit.


"Usaha memusnahkan khinzir sakit sekarang diusahakan oleh pihak penternak. Ia terlalu lambat dan kekurangan tenaga kerja serta jentera


"Kerajaan harus mengambil pengalaman daripada peristiwa virus Nipah yang berlaku pada tahun 1998. Pengajaran dan Tindakan kerajaan yang cepat dalam melibatkan Angkatan Tentera Malaysia harus dipelajari untuk tahun 2022," tambah Ahli parlimen Bayan Baru itu.


Untuk rekod, virus Nipah menyerang industri ternakan khinzir pada 1999. Virus ini menyebabkan penyakit pernafasan dan neurologi di ladang khinzir di Semenanjung Malaysia, menyebabkan 105 kematian manusia dan pelupusan sejuta ekor khinzir di beberapa ladang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER