
Risiko berlakunya banjir besar sewaktu atau selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 menyebabkan KEADILAN perlu menyediakan jentera sukarelawan membantu mangsa banjir bersekali dengan jentera pilihan raya.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli sukarelawan tersebut akan diletakkan di bawah Pengarah Sukarelawan KEADILAN, Fahmi Zainol.
"Kita ada portfolio baharu iaitu Pengarah Sukarelawan yang ditejaui Fahni Zainol kerana ada kesediaan rakyat biasa untuk membantu tanpa bergantung kepada kerajaan. Cabarannya bagaimana untuk kita mengatur sukarelawan ini?
"Kami akan menguatkan pasukan sukarelawan itu dengan jentera akar umbi KEADILAN. Respons (skuad banjir) boleh sampai secara tersusun dan berkesan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, petang tadi.
Sehubungan itu, Rafizi melancarkan lawan web ringkas www.sukarelawan.org untuk menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia mendaftar dan melengkapkan hasrat mereka untuk menyumbang tenaga, kewangan dan kepakaran apabila berlaku banjir.
"Sudah tentu maklumat awal bentuk sumbangan yang dibuat amat kita perlukan. Sama ada boleh menyediakan makanan, ada bot dan sebagainya. Apabila kami dapat maklumat lebih awal maka membolehkan kami dengan cepat mengaturkan bentuk sumbangan dan kekuatan sukarelawan ke tempat paling memerlukan," katanya lagi.
Tegas Rafizi, beliau amagt yakin banjir akan berlaku sebagaimana ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, cuma waktunya sama ada ketika pilihan raya berlangsung atau selepasnya tidak boleh dipastikan.
Oleh itu, KEADILAN merancang untuk memperkuat jentera kempen pilihan raya dan jentera menghadapi banjir sekaligus.
Comments