top of page

Risiko hapus harga siling minyak: Harga barang naik, bebankan rakyat

Updated: Jun 13, 2020


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hampir tersilap langkah kerana mahu membatalkan harga siling minyak petrol dan diesel, sebelum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menarik balik keputusan itu.


Ada sebab mengapa Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng membuat keputusan untuk menetapkan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel pada harga RM2.18 seliter.


Pengguna Twitter, Mohammad Amirul Afiq memberikan pandangan yang jelas bagaimana pentingnya harga siling ketika harga minyak dunia berada pada paras paling teruk dalam tempoh 20 tahun akibat perang minyak antara Arab Saudi dan Rusia serta penularan wabak Covid -19.


"Sebab itu harga minyak kita pun turun sampai tahap RM1.25 sen. Mana-mana kerajaan pun memerintah, kita akan dapat harga ini disebabkan kejatuhan minyak dunia yang sangat teruk.


"Tapi bila kerajaan umum nak buang harga siling, itu yang patut kita risau sebab Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) baru setuju nak potong 10 juta tong sehari, mereka berjaya pujuk Arab Saudi dan Rusia untuk potong yang mana dua-dua negara ini sahaja sumbang hampir 30% minyak dunia," katanya.


Amirul juga menjangkakan bahawa harga minyak akan meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang dan mampu mencecah RM2.50 ke RM3.00 seliter kerana kelemahan Ringgit berbanding Dollar.


"Bila harga minyak naik, pendapatan kerajaan juga meningkat dan beban kerajaan berkurang kerana tiada pembayaran subsidi minyak tetapi ia akan membebankan kita kerana perlu membayar minyak dengan harga yang mahal.


"Dengan jangkaan ekonomi Malaysia akan lembap sepanjang 1 tahun ke depan, apa akan jadi apabila harga minyak naik mendadak kelak? Kos peniaga pun akan bertambah, jadi harga barang akan jadi mahal kerana peniaga akan menggunakan alasan kos mereka naik kerana harga minyak naik," katanya.


Justeru, Amirul mahu rakyat lebih peka dan memahami dengan lebih jelas mengenai kesan daripada pembatalan harga siling minyak kepada negara.


"Anak muda kita perlu tahu sebelum menyokong apa sahaja secara membabi buta. Kerajaan perlu jelaskan apa relevan membuang harga siling minyak dan jaminan beban itu tidak akan ditanggung rakyat, yang sedia ada sudah terbeban," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page