top of page

Ringgit semakin kukuh, ikhtiar PMX membuahkan hasil



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Kedudukan ringgit sejak kebelakangan ini terlihat semakin baik dan mengukuh berbanding hari-hari sebelumnya.


Mereka yang sebelum ini bising apabila ringgit jatuh juga tidak lagi kedengaran.

Berita baik ini dikongsi oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui kedudukan ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat (AS) kini sudah bertambah baik.


Katanya, perkembangan itu dimaklumkan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), baru-baru ini.


Inisiatif pihak kerajaan, BNM


Menurut Anwar, kedudukan ringgit yang bertambah baik itu adalah hasil pelbagai inisiatif yang diselaraskan antara pihak kerajaan, BNM, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Selain itu, tambahnya, unjuran sebagaimana diumumkan Federal Reserve AS turut mempengaruhi keadaan.


"Unjuran itu menunjukkan kadar inflasi AS yang lebih terkawal dan pelan utuh normalisasi dasar monetari AS dalam 2024 yang akan mengekang kenaikan dolar AS.


"Sejak memulakan operasi bersama, nilai Ringgit mengukuh sebanyak 1.4% kepada 4.7135 hari ini daripada 4.7773 pada 23 Februari lalu," katanya menerusi Facebooknya.


Namun begitu, Perdana Menteri berkata, ketidaktentuan pasaran kewangan global akan terus mempengaruhi pergerakan ringgit selagi tindakan dasar monetari ekonomi maju masih tidak jelas.


"Justeru kerajaan dan BNM akan terus mempergiat libat urus dengan pihak korporat, termasuk syarikat pengeksport, pengimport, GLIC dan GLC untuk menggalakkan aliran masuk dana ke dalam pasaran pertukaran asing," katanya lagi.


Kerajaan laksana NDFB


Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan melaksanakan New Deal For Business (NDFB) menerusi penambahbaikan kecekapan proses dan prosedur serta pelaksanaan reformasi struktur dalam menjalankan urusan perniagaan.


Katanya, PEMUDAH telah dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaan semua inisiatif NDFB yang bertujuan meningkatkan kepercayaan pelabur serta melonjak pertumbuhan produktiviti, daya saing dan ekonomi negara.


Di sebalik pelbagai kecaman mengenai prestasi ringgit, apa yang nyata, kerajaan tidak pernah duduk diam melihat keadaan yang berlaku itu.


Hakikatnya, usaha serta ikhtiar sentiasa dilakukan untuk mengatasinya dan kini, perlahan-lahan, ia telah telah mula membuahkan hasilnya.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page