top of page

Ringgit jatuh Menteri Kewangan kata jangan runsing, pilih kerajaan faham derita rakyat - Anwar



Rakyat Malaysia tidak mendapat pembelaan sewajarnya kerana diperintah oleh kerajaan yang tidak sensitif kesensaraan golongan bawahan.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam ceramah Rapat Rakyat di Kuala Perlis, malam tadi.


Katanya, soal matawang ringgit jatuh sepatutnya telah diselesaikan oleh kerajaan BN dan Menteri Kewangan pula tidak sepatutnya menjawab hal itu tidak perlu dirunsingkan.


"Ringgit jatuh, ekonomi teruk. Saya (pernah jadi) Menteri Kewangan 8 tahun. Hendak kata pandai sangat, tidak tetapi bolehlah. Di dunia saya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF.


"Tetapi sekarang ini teruk, ekonomi merudum, ringgit jatuh. Menteri Kewangan jawab, tak merunsingkan kita, negeri lain pun matawang jatuh.


"Masa di Parlimen saya serang dia. Dia pengurus bank, gaji RM8 - 9 juta setahun. Bila jadi Menteri Kewangan dia bukan jaga rakyat tetapi dia jaga bank. Saya tanya orang dalam Umno, Pas, Bersatu tak bolehkah bercakap benda ini? Sebab hangpa diamlah negara jadi rosak macam ini


"Sebab hangpa senyap sunyilah petani nelayan tak terbela. Ingat dengan (bantuan) RM200 sebulan selesai? Negeri kaya, hasil semua ada. Nasib rakyat macam mana? Nak pilihan raya tambah RM100 lagi, pasang bendera," katanya.


rakyat Kuala Perlis tidak melepaskan peluang mendengar penerangan oleh pimpinan KEADILAN

Oleh itu, kata Pengerusi Pakatan Harapan itu, rakyat perlu memilih kerajaan yang terbaik dalam Pilihan Raya Umum ke 15 untuk menjaga kebajikan penduduk negara ini dalam 5 tahun ke hadapan.


"Sebab itu nak pilih kerajaan mesti pilih kerajaan yang faham derita rakyat. Sebab itu jangan pilih pimpinan yang tak peduli nasib rakyat," katanya.


Sebelum itu, Anwar menegur menteri Agama dari Pas, Datuk Idris Ahmad yang kini melancarkan kempen jangan fitnah di media sosial.


Katanya sebelum melarang rakyat memfitnah, Pas perlu menegur pimpinan mereka dahulu agar tidak membuat tuduhan palsu.


"Baru ini Menteri Agama kempen jangan fitnah


"Saya setuju. Tetapi dia kata jangan fitnah di media sosial. Saya nak tambah, fitnah tidak boleh. Di media sosial ke, ceramah ke, apa pun tak boleh.


"Tetapi dia kena pesan juga parti dia tak boleh fitnah. Jangan beritahu kat orang saja


"Contoh sahabat saya ustaz Hadi Awang di Presiden Pas, beberapa tahun lalu dia tulis bahasa Arab, hantar ke seluruh dunia Arab, Anwar Ibrahim ahli pakatan Yahudi yang menentang Islam. Kumpulan Freemason.


"Saya nak saman saya tak mau lah, dia kawan. Tetapi nasib baik orang seperti Sheikh Yusof Qardawi tidak mudah terima dia sebut Anwar ahli Freemason. Saya pun Google, Anwar mana, rupanya dari Kanada. Jadi mata sahabat saya ini dah rabun.


"Kalau kita ini muslim yang baik (selepas tersilap) apa kita lakukan? Dah silap harus minta maaf. Ada dia minta maaf?


"Jadi saya nak nasihat Menteri Agama, ustaz Derih, kawan saya juga, nasihatkan presiden kamu kalau berani. Kalau tidak jangan bicara soal perjuangan," katanya.


Tegas Anwar, rakyat tidak boleh mengukur pemimpin berdasarkan pakaian, serban, janggut, parti mana tetapi dari perlu lihat akhlak dan amalnya.


Sebab itu katanya, dalam Islam umatnya perlu dengar, belajar, soal, jangan terima begitu sahaja apa yang disampaikan.


"Kita kena belajar untuk nilai. Orang politik ini pandai bercakap dan pandai pula berjanji. Berapa kali orang Kuala Perlis (dijanjikan) 'kita akan selesai masalah nelayan Kuala Perlis'. Balik macam tu la juga (lepas pilihan raya)," sinis Anwar.


Beliau juga sempat menempelak retorik Melayu - Islam sedangkan realitinya kerajaan PH mengurangkan cabutan judi 22 kali ke 8 kali, malangnya kerajaan Bersatu - Pas pula menaikkan kepada 22 cabutan semula.


Dalam PH, katanya, DAP dengar cakap pemimpin Melayu. Dalam BN - PN pemimpin Melayu - Islam bersikap sebaliknya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page