top of page

Ringgit jatuh akibat ketidakstabilan, kelemahan kerajaan BN - PN - Arthur Chiong



Bertentangan dengan imej mantap yang cuba digambarkan ke atas pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan BN - PN, kejatuhan nilai ringgit pada sepanjang minggu ini membuktikan kerajaan sedia ada tidak boleh diharapkan untuk terus memimpin negara.


Menurut ADUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, kejatuhan nilai matawang negara mencecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 itu menunjukkan pemerintahan Bn - PN yang 'indah khabar dari rupa'


"Ada yang berkata bukan ringgit Malaysia sahaja namun mata wang yang lain juga telah menurun baru-baru ini. Ini kerana berlandaskan data yang menunjukkan inflasi tinggi dan pengangguran rendah di Amerika Syarikat (AS), ramai yang menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengekalkan trajektori meningkat apabila membabitkan kadar faedah, dengan kenaikan seterusnya dijangka diputuskan pada mesyuarat akan datang.


"Walau bagaimanapun situasi ini telah memberikan kesan yang lebih buruk terhadap keadaan negara kita kerana sentimen politik tanah air yang tidak stabil. Baru-baru ini beberapa ahli politik mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya awal dan ia telah menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai matawang Malaysia terhadap AS$.


"Penyelesaian isu ini bergantung kepada kerajaan kita sendiri dengan perangkaan dasar-dasar ekonomi jangka panjang. Perangkaan dasar juga perlu mengisi keperluan dan permintaan rakyat serta bukannya bersifat politik atau cenderung kepada mana mana pihak," katanya.


Dalam pada itu, ujar Arthur Chiong, faktor tenatnya amalam rasuah di Malaysia juga memberikan kesan buruk terhadap ekonomi negara.


Ironiya, tambah beliau apabila ahli-ahli politik pemerintah sendiri yang disabit dengan skandal-skandal rasuah besar-besaran seperti 1MDB dan Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).


"Kita perlu menangani kes-kes rasuah tanpa mengira skalanya. Besar ataupun kecil, memberi atau menerima rasuah tetap menjadi salah. Rasuah dan korupsi merupakan parasit yang merosakkan negara kita dan menghalang daripada pertumbuhan ekonomi.


"Selain itu, kerajaan kini juga telah membuat pelbagai lantikan politik terhadap individu-individu yang tidak berpengalaman ataupun kurang kompeten bagi mewakili portfolio-portfolio utama dalam skop GLC. Lantikan GLC sepatutnya berasaskan merit dan bukan bersifat politik," katanya.


Beliau mengingatkan budaya membenarkan lantikan tanpa menghiraukan kelayakan telah mengurangkan lagi keyakinan pelabur asing untuk berurusan dengan GLC yang mengawal separuh ekonomi negara.


Justeru, kata Arthur Chiong, budaya politik rasuah tersebut tidak lagi boleh diamalkan sekiranya negara mahu berada di landasan pemulihan ekonomi dan mengembalikan keyakinan antarabangsa.


"Masa depan ekonomi negara bergantung kepada keputusan-keputusan kritikal yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.


"Jadi ahli-ahli politik blok kerajaan perlu lebih memainkan peranan dalam menjaga ekonomi negara kita dan bukan sekadar berpolitik semata-mata atau menginginkan jawatan," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page