top of page

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 9 negeri sehingga 5 petang

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
13 hours ago
1 min read

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.


Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3 petang itu melibatkan Perlis manakala di Kedah kawasan terbabit ialah Kubang Pasu, Baling, Sik, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda.


Di Pulau Pinang, amaran meliputi Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan manakala di Perak ia membabitkan Hulu Perak, Selama, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung dan Batang Padang.


MetMalaysia turut mengeluarkan amaran bagi beberapa daerah di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah.


Di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Setiu, Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu manakala di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Raub dan Lipis.


Bagi Sarawak, amaran melibatkan Bintulu, Kapit termasuk Kapit dan Song, Sibu, Mukah termasuk Mukah, Matu, Daro dan Dalat, Kuching termasuk Kuching dan Bau, serta Sarikei.


Sementara itu, di Sabah, amaran dikeluarkan bagi Tawau termasuk Tawau, Kalabakan, Kunak dan Lahad Datu, selain Sandakan, kawasan Pedalaman membabitkan Pensiangan, Tenom, Tambunan, Sipitang dan Sook serta Pantai Barat khususnya Ranau.


Menurut MetMalaysia, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku selama lebih sejam.


“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu.


Orang ramai di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berwaspada terhadap keadaan cuaca buruk, khususnya ketika melakukan aktiviti luar dan ketika berada di kawasan yang berisiko dinaiki air.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page