top of page

Ribut: MB Selangor jamin kerja baik pulih sebelum syawal



Menteri Besar Selangor memberi jaminan pihaknya akan berusaha memastikan kerja baik pulih penggantian bumbung pangsapuri yang rosak dalam kejadian ribut di Puchong dan Sepang baru-baru ini selesai sebelum syawal.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah melaksana kerja awal baik pulih dan akan mengusulkan permohonan peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


"Pada malam kejadian, beberapa lokasi telah dipasang pengadang sementara atau kanvas untuk mengelak unit terlibat dimasuki air.


"PBT akan lantik kontraktor dalam masa terdekat dan InshaAllah sebelum hari raya kerosakan tersebut akan siap dibaiki," katanya.

Sabtu lalu daerah Petaling dan Sepang terjejas dengan ribut menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang dan bumbung terbang dipukul angin kuat.


Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan sebuah keluarga melibatkan tujuh mangsa di daerah Sepang susulan kejadian ribut berkenaan.


Sementara itu Amiruddin turut memaklumkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyediakan peruntukan RM300,000 untuk salur bantuan kepada rumah atas tanah (landed) yang terkesan.


Proses pengurusan bantuan kepada 122 keluarga terjejas dalam kejadian pada Sabtu itu juga jelasnya sudah dimulakan.


"PBT akan uruskan pangsapuri sementara MBI bantu rumah 'landed'. Sasaran saya mangsa akan dibantu dalam masa seminggu atau selewatnya 10 hari," tambah Naib Presiden KEADILAN itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page