top of page

Resolusi Seremban: PH lipat gandakan jelajah tingkat sokongan menjelang PRU 15

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 15, 2022
  • 2 min read


Temurapat Pakatan Harapan (PH) di Seremban, Negeri Sembilan hari ini menghasilkan resolusi beberapa perkara bagi meningkatkan lagi momentum sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut kenyataan bersama pimpinan PH, temurapat tersebut berpuas hati dengan dapatan dapatan kajian yang menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PH daripada kalangan semua kaum sejak dua bulan kebelakangan ini.


"Mengambil kira semangat temurapat, PH menegaskan kesediaan untuk memasuki serta memenangi PRU ke 15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.


"Dalam masa yang sama, PH sangat gusar terhadap suasana ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barang yang mendadak, dan pengurusan ekonomi yang tidak memuaskan.


"Ini turut dilihat dalam dapatan kajian yang menunjukkan 4 daripada 5 rakyat Malaysia menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan ekonomi negara.


"Kesan daripada kegagalan menguruskan ekonomi ini lebih terasa dalam kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak, walaupun kita bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-59," kata kenyataan berkenaan.



Selain itu, PH juga risau mengenai amaran terbaharu Jabatan Meteorologi yang menjangkakan keadaan hujan lebat sehingga akhir tahun.


"Kami menyokong sepenuhnya cadangan agar Kerajaan-Kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan mengisytiharkan ‘kecemasan iklim’ sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena banjir yang mungkin akan berlaku.


"PH berpandangan semua parti politik, Kerajaan Persekutan dan Kerajaan kerajaan Negeri perlu meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi membantu rakyat yang akan berdepan dengan ancaman banjir kelak.


"Oleh itu, temurapat memutuskan sebarang tindakan untuk memanggil pilihan raya di musim bencana banjir ini adalah sangat tidak bertanggungjawab," katanya.


Bagi strategi khusus PRU 15 pula, PH akan memulakan siri baharu jelajah yang akan menggempur kubu kubu BN dan PN di seluruh negara.


"Bagi membina gelombang rakyat ke arah PRU ke-15, PH akan memulakan siri jelajah ‘road show’ melibatkan kesemua pimpinan utama bermula Oktober, manakala satu Konvensyen Pakatan Harapan akan diadakan pada pertengahan Oktober.


"Semua urusan rundingan kerusi serta manifesto PH akan diselesaikan menjelang Konvensyen Pakatan Harapan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page