top of page

Resolusi PBB menentang kebencian agama dipuji - PM



Resolusi 'menentang kebencian agama yang berbentuk hasutan untuk diskriminasi, permusuhan atau keganasan’ yang diluluskan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) hari ini mendapat pujian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Amwar Ibrahim.


Menurut beliau, resolusi itu satu langkah progresif menentang islamofobia berikutan kejadian membakar kitab suci al Quran di luar Masjid Pusat Stockholm, Sweden, pada Hari Raya Aidiladha lalu.


"Saya memuji kelulusan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas resolusi mengenai 'menentang kebencian agama yang berbentuk hasutan untuk diskriminasi, permusuhan atau keganasan’ sebagai tindak balas terhadap pembakaran Al-Quran yang dibenarkan di luar Masjid Stockholm, semasa sambutan Aidiladha bulan lalu," katanya dalam kenyataan pagi tadi.


Dalam kenyataan sama juga, PM terus mengutuk pihak pihak yang terus memainkan api kemencian terhadap umat Islam atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi.


Katanya, penggunaan kebebasan bersuara yang melampau menyebabkan terdapat pihak yang membenarkan kebencian dan kekejaman terhadap manusia berlainan agama.


Katanya, sikap seperti itu hanya merugikan masyarakat dan melanggar hak asasi manusia lain, serta menimbulkan ancaman ke atas keselamatan umum.


"Islamofobia adalah racun yang mengancam negara-negara Barat sama seperti ia mengancam umat ​​Islam di mana-mana negara yang mereka tinggal.


"Ia adalah percanggahan, di samping semua yang tidak logik mengenai kebencian dan xenofobia, kepada matlamat perkongsian kemanusiaan sesama kita. Kita tidak boleh selesaikan isu ini dengan membakar dan mencemarkan kitab suci masing-masing, tetapi dengan membaca dan terlibat dalam dialog.


"Walaupun UNHRC telah berani menentang kebencian ini, saya berharap para yang menentang renungkan pilihan mereka, untuk memastikan mereka menggunakan kuasa dan tindakan untuk tidak melakukan keburukan, ketidakadilan, terhadap hak asasi manusia yang mereka pertahankan," katanya.


Di samping itu, PM juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian menentang Islamofobia dan tidak sabar-sabar untuk melihat polis Sweden mengulangi pendirian ini semasa mereka menjalankan siasatan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page